Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lambakan Panel OLED Berkualiti Tinggi Kini Banjiri Pasaran Telefon Baik Pulih

Lambakan Panel OLED Berkualiti Tinggi Kini Banjiri Pasaran Telefon Baik Pulih

Diterbitkan Ogos 5, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

Impian ramai pengguna untuk memiliki gajet baharu pada tahun ini mungkin tidak tercapai.

Disebabkan lonjakan harga cip memori yang melampau, pengeluar terpaksa mengurangkan pengeluaran, sekali gus menyaksikan permintaan skrin bagi telefon pintar baharu turut dijangka merosot sebanyak 12 peratus pada tahun 2026.

Menurut laporan terbaru Omdia, pasaran telefon pintar kini bertukar menjadi ‘lambakan’ komponen terpakai apabila penghantaran skrin untuk pasaran telefon baik pulih (refurbish) merekodkan 298 juta unit, sekali gus mengatasi penghantaran bagi telefon baharu (289 juta unit).

Lambakan Panel OLED Berkualiti Tinggi Kini Banjiri Pasaran Telefon Baik Pulih
Pada suku pertama tahun 2026, OLED menyumbang 7% daripada penghantaran panel paparan ke dalam pasaran telefon pintar terpakai, meningkat daripada 2% setahun sebelumnya, menonjolkan peningkatan ketersediaan paparan gantian premium dalam ekosistem peranti terpakai.

Bagi mengelakkan kilang mereka kerugian akibat lebihan kapasiti, pengeluar skrin kini terpaksa mengalihkan bekalan ke pasaran pembaikan dan gajet terpakai.

Walaupun skrin gred tinggi seperti OLED kini lebih banyak ditawarkan untuk telefon terpakai, ia tetap tidak mampu menutup realiti sebenar yang sedang dihadapi industri.

“Harga memori yang lebih tinggi telah mengurangkan permintaan untuk paparan LCD dan OLED daripada pengeluar telefon pintar dengan ketara, menyebabkan pembekal mengalihkan lebih banyak panel ke dalam pasaran baik pulih. Akibatnya, paparan OLED berkualiti tinggi semakin tersedia untuk telefon pintar yang dibaik pulih.” kata Joy Guo, Penganalisis Utama Kanan dalam amalan Paparan Omdia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Harga Telefon Lipat Samsung Makin Mahal
  • UM & BMW Perkenal Stesen Pengecas Telefon Dari Bateri EV Terpakai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY