Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023

Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023

Diterbitkan Disember 22, 2022 · Dikemas kini Disember 22, 2022 oleh Amalina Athman

Shopee kini mengumumkan bayaran komisen kepada penjual Marketplace akan dinaikkan berkuat kuasa 10 Januari 2023, bergantung kepada kategori produk.

Berkaitan

  • ShopeePay Tamatkan Ciri 'Withdrawal', Ini Cara Lebih Pantas Pindah Wang Ke Akaun Bank
  • 'Buy Now Pay Later' Di Shopee Akan Dikenakan Caj Pemprosesan 1.5% Bermula Minggu Depan
  • Lebih 140 Penjual Baharu Shopee Rekod Jualan Lebih RM500 Ribu Tahun Lepas

Bayaran komisen yang dinaikkan akan dikenakan kepada penjual Marketplace tempatan yang mempunyai lebih 100 pesanan lengkap sejak menyertai Shopee. Bayaran komisen ini hanya akan dikenakan pada pesanan yang dibuat dan diselesaikan bermula 10 Januari 2023.

Berikut adalah jadual bagi kenaikan bayaran komisen tersebut, berbanding caj semasa sebanyak 2.00%.

Shopee Naikkan Caj Komisen Kepada Penjual Mulai 10 Januari 2023

Sebagai tambahan, bayaran komisen yang dikenakan bagi setiap kategori juga adalah berbeza mengikut sub-kategori masing-masing. Perubahan ini juga tidak menjejaskan yuran komisen sedia ada yang dibayar oleh Shopee Mall dan penjual luar negara.

Sementara itu, semua barangan keperluan seperti bakeri, keperluan membuat roti, keperluan memasak, makanan ruji serta makanan segar dan sejuk beku akan dikecualikan daripada caj tersebut.

Shopee menyatakan, bayaran komisen tersebut akan diguna bagi meningkatkan perkhidmatan dan ciri platform Shopee, selain menambah baik perkhidmatan pelanggan, meluaskan peluang untuk mengeksport ke luar negara dan meningkatkan program sokongan penjual yang disasarkan.

Untuk lebih lanjut boleh dirujuk melalui pautan ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY