Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee Catatkan Pertumbuhan 86.7 Peratus Dalam Jumlah Dagangan Jenama

Shopee Catatkan Pertumbuhan 86.7 Peratus Dalam Jumlah Dagangan Jenama

Diterbitkan September 23, 2018 oleh Helmi Samsuri
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Platform e-dagang, Shopee, mencatatkan pertumbuhan 86.7 peratus dalam bilangan jenama yang tersedia di Shopee Mall, naik kepada 560 jenama daripada hanya 300 pada tahun lepas, kata Pengarah Urusan Serantau Ian Ho. 

Platform membeli belah dalam talian itu merekodkan pertumbuhan merentasi semua kategori runcit, disokong oleh jenama elektronik seperti Xiaomi dan Lenovo, jenama fesyen terkemuka seperti Poplook dan Voir termasuk jenama produk kecantikan seperti NYX dan Beiersdorf.

“Pengguna juga boleh membeli produk minyak pelincir enjin daripada kedai rasmi Shell, tiket perlawanan bola sepak tempatan dari laman rasmi Liga Bola Sepak Malaysia, bahkan membuat pembelian runcit melalui Shopee Mall dari pasar raya Giant dan Mydin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ho, sempena ulang tahun pertama Shopee Mall, Shopee akan menganjurkan Super Brand Festival mulai 24 hingga 27 Sept, menampilkan jenama seperti Fila, Watsons, Vinda, Kellogg’s, Asus, Russell Taylors, Olay dan Optimum Nutrition.

“Peminat fesyen yang mencari tawaran terbaik digalakkan untuk menunggu Hari Gaya Hidup dan Fesyen pada 24 Sept, manakala mereka yang mahu memenuhkan stok barangan isi rumah dan runcit akan mendapat tawaran terbaik pada Hari Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) pada 25 Sept ini.

“Peminat barangan berteknologi yang mengidamkan peranti mudah alih, peralatan atau barang-barang elektronik boleh memeriksa tawaran menarik pada Hari Elektronik yang berlangsung pada 26 Sept depan,” katanya, sambil menambah semua 560 jenama akan terlibat dalam ulang tahun setahun Shopee Mall pada 27 Sept.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY