Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee penghantaran

Shopee Akan Perkenal ‘Instant Delivery’ Di Lembah Klang

Diterbitkan Julai 18, 2025 ยท Dikemas kini Julai 18, 2025 oleh Amalina Athman

Shopee bakal melancarkan perkhidmatan Instant Delivery di Lembah Klang tidak lama lagi, membolehkan pembeli menerima barang segera dalam tempoh beberapa jam selepas membuat pesanan.

Ciri ini diumumkan sempena Shopee Seller Summit 2025. Menurut Shopee, pelaksanaan perkhidmatan ini akan dimulakan di Lembah Klang terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasan lain dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Shopee turut mengumumkan beberapa penambahbaikan yang bertujuan mempercepatkan penghantaran dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Perkhidmatan Same-Day dan Next-Day Delivery kini diperluaskan ke seluruh negara, membolehkan lebih ramai pengguna menikmati penghantaran lebih pantas.

Shopee juga memperkenalkan Cross-State Next-Day Delivery antara Melaka dan Negeri Sembilan, dengan laluan lain bakal menyusul secara berperingkat. Penambahbaikan ini bukan sahaja mempercepatkan proses penghantaran, malah meningkatkan kepuasan pengguna dan mendorong lebih banyak pembelian berulang.

Penjual turut mendapat manfaat daripada kemudahan Buyer Self Collect yang kini tersedia di lebih 5,000 lokasi pengambilan di seluruh negara. Perkhidmatan ini menawarkan penghantaran percuma tanpa jumlah perbelanjaan minimum.

Berkaitan

  • Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay - Ini Perlu Diketahui
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Yuran Komisen Shopee Cecah 15%, Caj Platform RM0.50 - Berkuat Kuasa 16 Julai
  • Penjual Shopee Kurang 100 Pesanan Sebulan Dikecualikan Caj RM0.50

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY