Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopback malaysia

ShopBack Buang 195 Pekerja, CEO Akui Kesilapan

Diterbitkan Mac 22, 2024 · Dikemas kini Mac 22, 2024 oleh ariff bukhari

ShopBack telah bertindak memberhentikan seramai 195 kakitangannya. Perkara ini diumumkan oleh CEO ShopBack, Henry Chan dalam satu rapat awam pada 19 Mac 2024 lalu.

Pekerjanya yang terjejas dimaklumkan dalam tempoh sejam selepas rapat tersebut di mana jumlah itu mewakili 24 peratus daripada tenaga kerjanya.

Pemberhentian pekerja itu pula dibuat supaya platform pulangan tunai itu agar dapat terus bertahan dan menjadi lebih fokus.

“Saya melakukan kesilapan membuat syarikat mengejar terlalu banyak perkara, selain terlalu pantas mengembangkan pasukan kita. Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas pelbagai keputusan yang membawa kepada keadaan ini,” Henry Chan.

Susulan itu, semua kakitangan yang terlibat (dibuang kerja) akan menerima pakej yang merangkumi gaji, wang pampasan bernilai gaji sebulan bagi setiap tahun mereka berkhidmat atau sesuai garis panduan yang ditetapkan — mana-mana lebih tinggi.

Tambahan lagi, cuti yang belum digunakan pun akan dibayar wang tunai serta bonus bersamaan gaji sebulan akan diberikan bagi mereka yang bekerja kurang dari setahun.

Malah, kos untuk pulang ke negara asal pun akan ditanggung.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'

Sumber: ShopBack, Mediacorp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY