Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shazam Sah Dibeli Apple

Shazam Sah Dibeli Apple

Diterbitkan Disember 12, 2017 ยท Dikemas kini Disember 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Beberapa ketika kedengaran berita mengenai pengambil alihan Shazam oleh Apple dan kini ia telah disahkan gergasi pengeluar dari Amerika Syarikat itu.

Pengambil alihan tersebut dianggarkan bernilai $400 juta sepertimana yang dilaporkan oleh laman Tech Crunch minggu lalu. Namun Apple tidak mendedahkan jumlah sebenar pembelian yang dibuat.

Shazam merupakan aplikasi pengecaman muzik yang mana melaluinya anda boleh memainkan lagu dan ia akan mencari tajuk dan penyanyi lagu tersebut. Ia juga sudah diintegrasikan bersama Siri, dan dengan pengambil alihan ini ia boleh dioptimumkan pengunaannya pada iOS.

Difahamkan juga Apple turut berminat dengan teknologi Augmented Reality kepunyaan Shazam dan proses ambil alih ini dijangka selesai beberapa minggu lagi sementara menunggu kelulusan pengawalseliaan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Kajian Saringan Kanser Payudara Berbantukan AI Terbesar Di Dunia
©2026 WISER.MY