Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Music

Pengguna Kini Boleh Pindahkan Senarai Lagu Apple Music Ke YouTube Music

Diterbitkan Ogos 29, 2024 · Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh Amalina Athman

Pelanggan Apple Music kini boleh memindahkan playlist atau senarai lagu yang disuaikan ke YouTube Music, menurut dokumen sokongan terbaru Apple.

Namun begitu, hanya lagu yang tersedia di YouTube Music boleh dipindahkan. Bermakna, pengguna tidak dapat memindahkan fail audio seperti podcast, buku audio atau fail audio yang dimuat naik.

Selain itu, fail muzik dan folder yang disusun dalam playlist Apple Music juga tidak boleh dipindahkan.

Cara pindahkan senarai lagu Apple Music ke YouTube Music

  1. Pergi ke halaman Data dan Privasi Apple dan log masuk menggunakan akaun Apple ID anda.
  2. Pilih “Transfer a copy of your data”.
  3. Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan permintaan pemindahan.
  4. Untuk memulakan pemindahan, langganan ‌Apple Music‌ atau iTunes Match dan akaun YouTube Music perlu aktif. Pengguna juga perlu log masuk ke akaun YouTube Music.

Perlu diketahui bahawa senarai lagu yang dipindahkan tidak dipadamkan daripada Apple Music, dan proses pemindahan boleh mengambil masa dari beberapa minit hingga beberapa jam – bergantung pada bilangan senarai lagu yang dipindahkan.

Selepas proses pemindahan selesai, senarai lagu daripada ‌Apple Music‌ akan muncul dalam tab “Library” di YouTube Music. Jika lagu tiada, ia mungkin tidak tersedia di YouTube Music.

Ketika ini, YouTube Music ialah satu-satunya perkhidmatan muzik yang disokong untuk pemindahan senarai lagu dan Apple tidak menawarkan pilihan untuk memindahkan ke perkhidmatan lain seperti Spotify atau sebagainya.

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Pilih Apple Music Berbanding Spotify
  • Anda Kini Boleh Meminta YouTube Alih Keluar Video AI Yang Palsukan Wajah Atau Suara Anda
  • Pengguna YouTube Premium Kini Boleh Cuba Ciri 'Sleep Timer'
  • Video YouTube Ini Didakwa Berhasil Keluarkan Cecair Dari Pembesar Suara Telefon

Sumber: Apple Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY