Sharp Aquos S2 Masuk Malaysia Pada Januari 2018, Berharga RM1299

Sharp Mobile telah mengumumkan penawaran telefon pintar Sharp Aquos S2 dimulai dengan pra-tempah pada 28 Disember 2017 dan akan tamat pada 4 Januari 2018.

Dikhabarkan juga, peranti yang mempunyai rekaan bingkai nipis ini akan hadir secara fizikal kedai-kedai di Malaysia bermula pada 6 Januari hadapan.

Sharp Aquos S2 akan dipacu menerusi cip pemprosesan Snapdragon 630 disamping gandingan RAM 4Gb dan storan dalaman 64GB.

Rekaan skrin penuh dengan ukuran 5.5 inci pula menyokong resolusi 2040 x 1080 piksel. Untuk tetapan kamera, ia dilengkapi dengan dwi kamera hasil gabungan lensa 12MP dan 8MP pada bahagian belakang manakala dihadapan adalah kamera 8MP. Harga rasmi peranti ini untuk pasaran tempatan adalah RM1299.

Setiap pra-tempahan yang dibuat akan diiringi dengan aksesori seperti set kepala Bluetooth SLS-100 Stereo.

Bagi 50 pra-tempahan terawal pula akan menikmati kad mikroSD SanDisk 32GB dan tawaran pra-tempah ini boleh dibuat di Lazada, 11Street, Shopee, DirectD dan Satu Gadget.com.



Sumber: Lowyat.net