Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, penggunaan aplikasi MySejahtera akan diwartakan oleh Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.
[embed]https://twitter.com/MKNJPM/status/1290174672089145344[/embed]
Pengecualian aplikasi MySejahtera hanya akan diberikan kepada premis-premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan internet yang stabil. Bagi premis yang terlibat, kerajaan membenarkan rekod daftar masuk ditulis secara manual.
Terdahulu, aplikasi MySejahtera dibangunkan dengan tujuan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat, dan berkesan. Ia bagi mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat
Baru-baru ini, aplikasi tersebut turut dikemaskini dengan penambahan ciri baru iaitu "History" yang membolehkan pengguna melihat rekod daftar masuk setiap lokasi.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Berkaitan
- Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera
- Lebih 5 Juta Pendaftaran Telah Direkodkan Melalui MySejahtera
- Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula
- Laporan Ketua Audit Negara: Akaun 'Super Admin' Muat Turun 3 Juta Maklumat Aplikasi MySejahtera
- Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri
- Aplikasi MySejahtera Akan Dijadikan Platform Digital Kesihatan Awam
- MySejahtera: Daftar Tanggungan Bagi Vaksinasi Bermula Pertengahan Mac Ini
- MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri Kad Penderma Darah Digital
- 1.4 Juta Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Melalui MySejahtera Tidak Memberikan Maklumat Lengkap
- Menteri Pengangkutan Malaysia - Penunggang P-Hailing Wajib Daftar Di Aplikasi MySejahtera