Jenama teknologi dari Singapura, LUMOS, yang sebelum ini dikenali menerusi produk projektor rumahnya, kini mengembangkan portfolio produknya dengan melancarkan rangkaian tablet baharu yang ditawarkan pada harga mampu milik.
Menampilkan model asas meenrusi LUMOS Tablet, ia hadir dengan skrin 10.1 inci dan sesuai untuk aktiviti harian seperti melayari internet, membaca serta penstriman kandungan.
Harga LUMOS Tablet di Malaysia
Bagi pengguna yang memerlukan lebih banyak ciri, LUMOS Tablet Pro menawarkan paparan Full HD juga bersaiz 10.1 inci tapi dengan sokongan dwi-SIM 4G.
Harga LUMOS Tablet Pro di Malaysia
Model paling premium, LUMOS Tablet Ultra yang dilengkapi skrin 12 inci beresolusi 2K, bateri 8,000mAh serta pengecasan pantas, adalah tablet paling berkuasa dalam barisan tersebut.
Selain itu, LUMOS Kids Tablet yang direka khas untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga sembilan tahun tutur dilancarkan dengan antaramuka mesra kanak-kanak lengkap sarung pelindung tahan lasak.
Harga LUMOS Kids Tablet di Malaysia
Menurut LUMOS, syarikat itu memberi fokus kepada ciri yang benar-benar diperlukan pengguna seperti paparan berkualiti, prestasi lancar dan hayat bateri yang baik, berbanding menambah fungsi premium yang boleh meningkatkan harga produk.
Sebagai tambahan, pengguna boleh mendapatkan pakej aksesori bermula S$79 ~RM251) yang merangkumi papan kekunci Bluetooth, tetikus, stylus dan pelindung table.
Barisan model tablet LUMOS ini masing-masing dijual pada harga berikut:
- LUMOS Tablet (RM548)
- LUMOS Tablet Pro (RM848)
- LUMOS Tablet Ultra (S$449)
- LUMOS Kids Tablet (RM399)
