Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pastikan Ada 4 Butiran Maklumat Ini Jika Anda Mangsa Scam

Setiap Hari, 3 Guru Jadi Mangsa ‘Online Scam’ Tahun 2022

Diterbitkan Mac 28, 2023 oleh ariff bukhari

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (JSJK PDRM) hari ini mendedahkan, secara purata untuk sepanjang tahun 2022 lalu, seramai 3 orang guru setiap hari didapati telah menjadi mangsa online scam.

Menurut laporan polis yang diterima pada tahun 2022, Jumlah guru yang menjadi mangsa online scammer bagi tahun 2022 sahaja adalah seramai 1065 orang dengan jumlah kerugian sebanyak RM31,684,149.

Purata kerugian yang dialami bagi setaip orang guru pula sebanyak RM 29,750 seorang.

Berkaitan dengan penipuan terbaru yang dilaporkan, pada awal Mac 2023 lalu, JSJK PDRM telah memaklumkan bahawa mereka kini sedang  menyiasat skimpelaburan “Sencapital” yang dikesan aktif menjalankan penipuan di seluruh Malaysia.

Sisatan JSJK PDRM mendapati, pelabur yang berminat dengan skim ini akan dimasukkan ke dalam grup WhatsApp yang dinamakan sebagai “JP Morgan Business School“.

Bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital didapati tidak aktif dan mangsa tidak lagi boleh mendapatkan semula wang yang telah dilaburkan.

Skim pelaburan berasaskan pembelian saham ini dilaporkan telah menyebabkan kerugian berjumlah RM6,718,395,70.

Berkaitan

  • Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE
  • Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot
  • Google Gesa Matikan Segera Ciri Ini, 3 Pengeluar Telefon Pintar Android Terjejas

Sumber: JSJK PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY