Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot

Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot

Diterbitkan Mac 28, 2023 oleh Amalina Athman

Astro Malaysia Holdings Bhd dilapor telah mencatatkan penurunan langganan dan pengiklanan, sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat itu.

Berkaitan

  • Aplikasi Astro Fibre Rasmi, Tuan Rumah Boleh Henti Dan Jadualkan Akses Peranti Terhadap Wi-Fi
  • Viu Premium Tersedia Percuma Di Astro Ultra Box Selama 3 Bulan

Memetik laporan, keuntungan bersih Astro pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 telah merosot kepada RM259.04 juta daripada RM460.88 juta pada tahun sebelumnya, selepas ia mencatatkan pendapatan yang rendah pada suku keempat.

Astro melalui Bursa Malaysia memaklumkan perolehan itu merosot susulan penurunan langganan, pengiklanan dan jualan barangan, namun telah diimbangi oleh peningkatan dalam jualan hak program.

Penstriman di kotak Ultra dan Ulti serta di Astro GO juga meningkat dengan purata tontonan mingguan melebihi 3 jam. Ia sekali gus menjadikan rancangan On Demand mencecah 660 juta penstriman pada FY23, iaitu meningkat 25% tahun ke tahun.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata pihaknya melihat faedah daripada pelaburan dalam kandungan, produk, jaringan, pengiklanan dan perkhidmatan pelanggan, untuk membawa syarikat itu kepada era penstriman baharu.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY