Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Petronas via Setel TNG eWallet_3

Petronas Kini Sokong Bayar Minyak Guna TNG eWallet – Ini Caranya

Diterbitkan Jun 23, 2025 · Dikemas kini Jun 23, 2025 oleh Amalina Athman

Setel kini memeterai kerjasama dengan TNG Digital (TNGD) bagi membolehkan pengisian dan pembayaran bahan api dilakukan terus di pam menggunakan TNG eWallet.

Tersedia di lebih 1,000 stesen minyak Petronas di seluruh negara, integrasi Setel dalam aplikasi TNG eWallet memudahkan pengguna mengisi minyak tanpa perlu meninggalkan kenderaan atau memuat turun aplikasi tambahan.

Cara guna PETRONAS via Setel

Menurut halaman bantuan Setel, pengguna tidak perlu mendaftar sebagai pengguna Setel sebelum menggunakan ‘Setel Mini’ kerana ia dicipta secara automatik dengan menggunakan maklumat pada aplikasi TNG eWallet.

Sekiranya nombor telefon yang didaftarkan di TNG eWallet adalah sama seperti akaun Setel, tiada akaun baharu akan dicipta dan pengguna akan terus dilog masuk ke akaun sedia ada. Ini juga memastikan Mesra Rewards dikreditkan ke akaun yang sama.

Akses Setel Mini boleh dilakukan melalui aplikasi TNG eWallet dengan pergi ke Home > My Favourites > More, dan kemudian klik PETRONAS via Setel di bahagian “Featured” atau “Transport”.

Petronas via Setel TNG eWallet_2

Selepas itu, hanya ikut arahan yang dipaparkan di skrin dan benarkan aplikasi mengakses lokasi semasa.

Petronas via Setel TNG eWallet_

Setelah semua langkah selesai, pengguna boleh terus membuat pembayaran isi minyak melalui TNG eWallet di stesen Petronas terpilih di seluruh negara.

Kaedah pembayaran dan mata ganjaran

Perlu diketahui bahawa pembayaran akan ditolak daripada baki akaun TNG eWallet.

Petronas via Setel TNG eWallet_4
Petronas via Setel TNG eWallet_5

Untuk Mesra Rewards, pengguna akan mendapat mata ganjaran asas sahaja – 1x Mesra Rewards untuk setiap pengisian 1 liter minyak.

Sempena pelancaran ini, ganjaran bernilai RM5 dalam bentuk mata ganjaran Mesra Rewards juga akan diberikan kepada 50,000 transaksi pertama yang layak melalui program mini TNG eWallet.

Promosi ini terbuka kepada pengguna baharu Setel dan Mesra Rewards, serta pengguna sedia ada yang menghubungkan ID Mesra ke akaun Setel buat kali pertama.

Selain itu, pengguna juga akan menerima mata ganjaran GOrewards TNG eWallet untuk setiap transaksi yang dilakukan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Berkaitan

  • Aplikasi Setel Laksana Tempoh Bertenang Selama 6 Jam, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • PETRONAS Telah Lancarkan 4 Rangkaian 5G Persendirian Dengan Sokongan MCMC
  • Google Pay Kini Sokong TNG eWallet, ShopeePay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY