Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax

Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax

Diterbitkan November 9, 2017 · Dikemas kini Disember 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perayauan data adalah satu cara mengakses internet menggunakan pengendali rangkaian yang lain tetapi cas perkhidmatan itu akan dimasukkan ke dalam bil pengendali rangkaian yang anda langgani.

Seperti contoh anda berkunjung ke negara lain, segala panggilan keluar dan masuk, data yang dihantar dan diterima akan menggunakan rangkain negara tersebut. Apabila pulang ke tanah air, anda terkejut kerana anda dicas dengan harga yang tinggi.

Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax

Kini berita baik buat pengguna Xpax kerana Celcom telah memperkenalkan 1 Day Roam Basic Internet dengan harga langganan serendah RM1. Penggunaan pakej ini meliputi perayauan di negara-negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Brunei, Vietnam, Laos, Filipina dan Thailand sahaja.

Pakej ini memfokuskan kepada perkhidmatan pemesejan dengan kelajuan internet 64kbps, dan untuk melanggan, pengguna harus mendail *118*3# dan pilih 1 Day Basic Internet Pass untuk aktifkan pas perayauan.

Turut sama ditawarkan adalah pakej 1 Day Social Roam Pass dengan langgan berharga RM10 khusus untuk perayauan di 10 buah negara seperti yang anda boleh lihat dibawah. Bagi akses internet negara-negara yang lain, pengguna perlu berbelanja lebih sedikit untuk mengaktifkan pakej 1 Day Internet Pass pada harga RM 38 dengan kuota sebanyak 500MB.

Servis Perayauan Data Serendah RM1 Ditawarkan Kepada Pengguna Prabayar Xpax

Sumber: Celcom via Amanz.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY