Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SuperGPS Beri Ketepatan Lokasi Sehingga 10cm

Servis GPS Bukan Percuma, Ini Kos Yang Diperlukan Bagi Operasikannya Sehari

Diterbitkan Julai 21, 2023 · Dikemas kini Julai 21, 2023 oleh ariff bukhari

Sistem Kedudukan Global atau Global Positioning System (GPS) ialah sistem navigasi berasaskan satelit yang berfungsi dalam sebarang keadaan cuaca, di mana-mana sahaja di dunia, 24 jam sehari, tanpa yuran langganan atau caj persediaan.

Dengan kata lain, servis GPS boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia secara percuma untuk pelbagai perkara menerusi pelbagai peranti moden seperti telefon pintar, jam pintar dan lain-lain.

Tetapi benarkah servis GPS ini percuma?

Berdasarkan penerangan oleh Garmin, GPS beroperasi berasaskan satelit kerajaan A.S. yang kini terdiri daripada sekurang-kurangnya 24 operasi satelit.

Servis GPS Bukan Percuma, Ini Kos Yang Diperlukan Bagi Operasikannya Sehari

Jabatan Pertahanan A.S. (USDOD) pada asalnya meletakkan satelit ke orbit untuk kegunaan ketenteraan, tetapi ia mula ditawarkan kepada pengguna awam pada tahun 1980-an.

Untuk pengetahuan anda, servis GPS yang digunakan secara percuma di seluruh dunia ketika ini sebenarnya menelan belanja mencapai lebih daripada USD2 juta (~RM9.1 juta) sehari bagi mengoperasikannya.

Kos operasi itu pula dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan AS menerusi hasil cukai am A.S dari pembayar cukai Amerika.

Sebahagian besar operasi itu adalah melalui Jabatan Pertahanan A.S yang bertanggungjawab untuk membangun, memperoleh, mengendali, mengekalkan dan memodenkan GPS.

Servis GPS Bukan Percuma, Ini Kos Yang Diperlukan Bagi Operasikannya Sehari

Kenapa percuma?

Seperti yang dicakap di awal tadi, GPS pada asalnya adalah untuk kegunaan ketenteraan, bukan untuk kegunaan awam.

Tetapi ia mula dibuka kepada umum selepas berlaku satu insiden melibatkan pesawat tentera Soviet yang menembak jatuh pesawat pengangkutan awam Korea kerana salah faham.

Jadi pada 16 September 1983, Presiden AS ketika itu, Ronald Reagan mengumumkan GPS dibuka kepada umum secara percuma.

Sehingga kini, tiada perancangan untuk GPS diswastakan. Di bawah Undang-undang dan dasar A.S. menetapkan, perkhidmatan GPS awam disediakan secara percuma kepada pengguna langsung.

Berkaitan

  • HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099
  • CelcomDigi Tawar Galaxy S22 Ultra Serendah RM3,899
  • Starlink Kini Boleh Tawarkan Perkhidmatan Internet Satelit Di Malaysia

Sumber: GPS.gov, Garmin, Time

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY