Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Malaysia_

Starlink Kini Boleh Tawarkan Perkhidmatan Internet Satelit Di Malaysia

Diterbitkan Julai 20, 2023 · Dikemas kini Julai 20, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan Starlink telah menerima Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian di Malaysia.

Lanjutan pengumuman itu, ia sekaligus membolehkan Starlink menyediakan perkhidmatan internet satelit di negara ini, terutamanya di kawasan pedalaman.

Berkaitan

  • PM Berbincang Mengenai Penyertaan Perkhidmatan Satelit Starlink Di Malaysia
  • Kerajaan Cadang Pasang 40 Peranti Satelit Starlink Di IPT - PM

Ketika ini, 97% kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet. Sementara baki 3% mempunyai cabaran kepada pembinaan rangkaian susulan isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil.

Dengan adanya perkhidmatan internet satelit seperti Starlink, ia dijangka dapat mencapai 100% akses internet di kawasan berpenduduk.

Sebagai permulaan, Starlink akan menyediakan perkhidmatan internet satelit di kawasan IPT dan sekolah terlebih dahulu, seperti yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Sumber: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY