Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga honor 90 malaysia

HONOR 90 Rasmi Untuk RM1,799 Bagi 12/256GB, HONOR 90 Lite RM1,099

Diterbitkan Julai 20, 2023 · Dikemas kini Januari 29, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Hari ini, HONOR Malaysia melancarkan 3 peranti untuk pasaran tempatan iaitu HONOR 90, HONOR 90 Lite dan HONOR Pad X9.

Kesemuanya menjalankan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.

HONOR 90

Telefon ini berharga RM1,799 untuk 12/256GB dan RM2,099 untuk 12/256GB.

harga honor 90 malaysia

Model ini ada kelas pertengahan dan ia adalah pewaris pada HONOR 70 tahun lalu. Antara yang menarik pada model ini ialah penggunaan lensa 200MP.

Skrinnya melengkung, jadi pasti ada antara anda yang tidak gemarkannya.

honor 90 malaysia – 18

  • Snapdragon 7 Gen 1
  • 12/256GB, 12/512GB
  • 6.7″ AMOLED melengkung, 120Hz, 2664×1200
  • 200MP utama, 12MP sudut lebar, 2MP kedalaman
  • 50MP swafoto
  • 5000mAh, 66W

Di samping itu, PWM Dimming padanya setinggi 3840Hz. Puncak kecerahannya pula 1600nit.

honor 90 malaysia – 24

HONOR 90 mendapat pengiktirafan emas daripada DXOMARK untuk paparan dengan mata 140 mata.

Kamera belakang dan depan boleh rakam video 4K, zum digital hingga 10x dan guna EIS untuk penstabilan.

honor 90 malaysia – 25

Telefon ini bagaimanapun tidak sokong pengecasan tanpa wayar.

Untuk rangkaian, ia boleh disambung pada 5G, NFC, Bluetooth 5.1 dan sokong eSIM.

honor 90 malaysia – 30

Empat warna yang dijual ialah Diamond Silver, Peacock Blue, Midnight Black dan Emerald Green.

Spesifikasi lanjut di laman web HONOR.

promosi honor 90 malaysia

  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Shopee
  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Lazada

HONOR 90 Lite

Model Lite pula berharga RM1,099 untuk 8GB/256GB dan mula tersedia pada 22 Julai 2023.

honor 90 lite lancar – 4

Adiknya pula hadir dengan kamera 100MP untuk harga bermula RM.

  • MediaTek Dimensity 6020
  • 8/256GB
  • 6.7″ 90Hz FHD+
  • 100MP utama, 5MP sudut lebar + kedalaman, 2MP makro
  • 16MP swafoto
  • 4500mAh, 22.5W

Cip grafiknya ialah Mali-G57 MC2.

honor 90 lite lancar – 6

Kamera belakangnya boleh rakam dalam resolusi setakat 1080p tapi masih mampu zum digital hingga 10x.

Bagi audio, ia sokong Hi-Res Audio dan Hi-Res Audio Wireless.

Ia juga sama menyokong 5G.

honor 90 lite lancar – 2

Tiga warna boleh dipilih ialah Cyan Lake,Titanium Silver atau Midnight Black.

Spesifikasi lanjut di laman web HONOR.

honor 90 lite promo

  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Shopee
  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Lazada

HONOR Pad X9

Tablet ini dijual pada harga RM1,099 untuk konfigurasi 4/128GB.

honor pad x9 – 2

Selain telefon, mereka juga perkenal tablet terbaru.

  • Snapdragon 685 4G
  • 4/128GB
  • 11.5″ TFT IPS LCD 120Hz, 2000 x 1200,
  • 5MP utama
  • 5MP swafoto
  • 7250mAh

honor pad x9 malaysia – 3

Menariknya, ada 6 unit pembesar suara pada peranti ini.

Untuk makluman anda juga, tablet ini tidak sokong teknologi 5G.

honor pad x9 malaysia – 1

Ia hanya terdapat dalam satu warna iaitu Space Gray.

Spesifikasi lanjut HONOR Pad X9 di laman web HONOR.

  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Shopee
  • KLIK untuk kedai rasmi HONOR di Lazada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • Ramai Tak Sedar, Ini Cara Sebenar Beli Barang Elektronik Dengan Diskaun Hingga 80% Di Shopee Electronic Zone

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY