Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sering Typo Ketika Menaip? Anda Mungkin Mengalami Penyakit “Tech Neck”

Sering Typo Ketika Menaip? Anda Mungkin Mengalami Penyakit “Tech Neck”

Diterbitkan Januari 17, 2018 ยท Dikemas kini Januari 17, 2018 oleh Helmi Samsuri

Kita tidak dapat lari dari arus kemodenan teknologi dimana rata-rata daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar. Bermacam perkara dapat dipermudahkan dengan adanya alat komunikasi berkenaan, tetapi apabila digunakan secara berlebihan ia bakal menimbulkan masalah lain pula.

Antara kesan dari penggunaan berlebihan peranti pintar adalah penyakit Tech Neck dimana bahu dan leher berasa seperti kaku. Ia terjadi apabila otot bahu, jari dan leher terpaksa bekerja keras dalam tempoh yang lama. Sekiranya dibiarkan, ia boleh mengakibatkan sakit kepala yang berpanjangan.

Gejala-gejala awal anda mengalami Tech Neck adalah

  • Otot bahu berasa kaku dan tegang
  • Mula pening melihat skrin peranti dan sering hilang tumpuan membaca teks panjang
  • Kerap kali typo apabila menaip mesej, ini kerana anda mula hilang kawalan keatas jari

Tech Neck juga boleh terjadi apabila posisi pipi dan bahu terlalu rapat dalam jangka masa yang lama, selalunya terjadi apabila berbual menggunakan telefon.

Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengurangkan masa penggunaan peranti pintar.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut.

  • Sentiasa gerakkan bahu dan leher ketika menggunakan peranti pintar dan juga komputer
  • Tutup mata seketika apabila kepala sudah merasa “berat”
  • Jika terlalu kerap typo, berhenti dari menggunakan peranti dan buat aktiviti yang boleh melancarkan peredaran darah serta mengembalikan tumpuan.
  • Cuba gunakan fon telinga apabila membuat panggilan supaya posisi pipi dan bahu tidak terlalu rapat dalam tempoh yang panjang.

Adakah anda pernah mengalami tanda-tanda diatas? Masih mahu bermain telefon pintar dalam tempoh yang lama?

Sumber: Steemit

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
©2026 WISER.MY