Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Covid 19

Seorang Kakitangan SKMM Disahkan Positif Covid-19, Kaunter Aduan Pengguna Ditutup

Posted on Mac 11, 2020

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, SKMM mengesahkan seorang kakitangannya telah didapati positif Covid-19. Kakitangan tersebut telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Pengesanan Kontak Terperinci juga telah dilaksanakan untuk memaklumkan kepada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan kakitangan tersebut, agar menjalani prosedur kuarantin dan saringan kesihatan pada hari ini.

https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1237579602416959489

Berikutan itu juga, Kaunter Aduan Pengguna akan ditutup buat sementara waktu bagi mengelakkan risiko jangkitan melalui kontak. Sebagai alternatif, pihak awam boleh menyalurkan aduan melalui portal aduan pada pautan ini atau e-mel kepada [email protected].

Melalui Pasukan Pengurusan Risiko, SKMM sebelum ini telah mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (PKP) pada 25 Februari lalu untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan dan membendung penularan Covid-19. Antara langkah yang diambil adalah membenarkan kakitangan bekerja dari rumah dan menyediakan pejabat alternatif di luar Lembah Klang jika diperlukan kelak.

Selain itu, SKMM turut memperkenalkan skim pembayaran ganti rugi untuk membantu kakitangan mengambil keputusan yang tepat berikutan arahan pembatalan semua perjalanan ke luar negara.

Pada masa ini, SKMM sedang berusaha untuk memastikan persekitaran kondusif yang maksimum di semua premis SKMM termasuk pemeriksaan wajib suhu badan di pintu masuk utama premis tersebut.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress