Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sensor Pengimbas Iris LG G7 Dikatakan Lebih Canggih

Sensor Pengimbas Iris LG G7 Dikatakan Lebih Canggih

Diterbitkan Disember 10, 2017 ยท Dikemas kini Disember 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Seperti tahun yang sudah-sudah, setiap kali penghujung tahun kita pasti akan disajikan dengan beberapa khabar angin mengenai model-model yang mungkin diumumkan pada suku pertama tahun seterusnya.

Kali ini khabar angin berkisar tentang syarikat ternama dari Korea Selatan iaitu LG. Beberapa bocoran imej paten telah tersebar ke internet dimana ia menunjukkan sistem imbasan mata oleh syarikat terbabit.

Sistem itu dikhabarkan bakal digunapakai pada peranti LG G7 yang mana pengenalannya dijangka dibuat pada suku pertama tahun 2018.

Tidak terhad kepada fungsi nyahkunci skrin, fungsi imbasan mata itu juga dikatakan berupaya melindungi maklumat sensitif pengguna.

Sensor Pengimbas Iris LG G7 Dikatakan Lebih Canggih

Sistem itu dikatakan lebih canggih apabila sensor dapat mengubah bacaan berdasarkan cahaya. Ini bermaksud pengguna mampu menggunakannya walau dalam apa keadaan cahaya sekalipun sama ada gelap atau cerah.

Selain itu, bagi mengelakkan ia dipintas dengan penggunaan gambar, pengguna perlu menggerakkan anak mata mengikut corak pada titik di dalam telefon pintar itu.

Pengimbas mata ketika ini berfungsi dengan sensor cahaya inframerah, tetapi LG telah membangunkan kamera yang boleh digunakan hanya dengan cahaya biasa. Ia dilihat dapat mengurangkan kos disebabkan kamera selfie boleh menggantikan fungsi sensor.

Sumber: Lets Go Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY