Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital display_columns_grids_70

Sensor 200MP Samsung Baharu, ISOCELL HP2 Sudah Mula Dikilangkan

Diterbitkan Januari 17, 2023 · Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Hari ini, Samsung memperkenal sensor 200MP baharu iaitu ISOCELL HP2. Ia merupakan sensor 200MP ketiga daripada syarikat Korea Selatan itu.

Ia hadir dengan 0.6 mikrometer (μm) dalam format optikal 1/1.3” yang selalunya digunakan dalam kamera 108MP.

Digital display_columns_grids_70

Dalam pencahayaan rendah, sensor ini akan berubah ke 50MP 1.2μm atau 12.5MP dengan 16 piksel disatukan. Ini dijayakan dengan teknologi ‘pixel-binning’ dicipta Samsung iaitu Tetra2pixel.

Bagi rakaman video 8K, sensor akan bertukar ke mod 50MP 1.2μm untuk mengurangkan kawasan yang dipotong akibat ‘cropping’.

Berkaitan

  • Galaxy S23 Belum Keluar, Tapi Ura-Ura Kata Samsung Akan Ganti Sensor Telefoto Pada Galaxy S24 Ultra
  • Samsung Sudah Mula Bekerja Untuk Penggunaan MicroLED Pada Galaxy Watch
  • Samsung Dah Jumpa Cara Hilangkan Garis Lipatan Pada Telefon Lipat Mereka

Dual Vertical Transfer Gate (D-VTG) pula akan menyelesaikan isu gambar ‘overexposed’ dalam keadaan terlalu terang dan membantu penghasilan warna yang lebih baik.

Selain itu, Super QPD pula akan membantu autofokus dalam keadaan pencahayaan rendah dengan membenarkan sensor 200MP untuk menggunakan kesemua 200 juta pikselnya.

Ia dijangka akan dipasang bersama Samsung Galaxy S23 yang akan dilancarkan bulan depan memandangkan sudah mula dikilangkan secara besar-besaran.

Menariknya, ia juga bermakna bonggol kamera pada S23 juga tidak sebesar pada Galaxy S22.

Sumber: Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY