Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android

Samsung Akan Henti Pengeluaran Galaxy Note 20 Bulan Hadapan

Diterbitkan November 29, 2021 · Dikemas kini November 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Siri Galaxy Note adalah antara peranti terawal yang memperkenal sistem operasi Android pada dunia. Siri Galaxy Note 20 ialah menjadi yang terakhir dalam legasi N0te sementara model lain seperti siri Galaxy S terus dilancar.

Samsung dilaporkan akan menghentikan pengeluaran siri Galaxy Note 20 pada penghujung tahun ini. Ini tidak mengejutkan ramai pihak sejak Samsung tidak melancarkan sebarang model barunya tahun ini walaupun ia mencapai pengeluaran sehingga 3.2 juta unit tahun ini sahaja.

Dalam pada itu, Samsung juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk siri Galaxy Note bagi tahun hadapan. Mengukuhkan lagi dakwaan ini, khabar angin mengatakan Galaxy S22 Ultra kelak akan menyertakan slot untuk S Pen.

Faktor utama Samsung menghentikan pengeluaran siri Galaxy Note adalah kerana mereka ingin mengembangkan lagi pengeluaran peranti boleh lipat iaitu Galaxy Fold dan Flip.

Siri Galaxy S22 dijangka akan dirasmikan pada Febuari depan dan model baharu untuk siri Galaxy Z pula akan mula dikeluarkan suku ketiga 2022.

Sumber: ETNEWS

Baca juga:

  • Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima OneUI 4.0
  • Samsung Galaxy S21 FE Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Ini
  • Bekas Pekerja Samsung Mengatakan Ini Rupa Galaxy S22 Dan S22 Plus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY