Samsung Mahu Berhenti Guna Android, Ganti Dengan Fuchsia OS

Bagi pengguna awam seperti kita, Android sudah mempunyai pegangan besar dalam dunia sistem operasi dan masa depannya amat cerah. Namun, Google telah membangunkan sebuah lagi sistem operasi iaitu Fuchsia sejak 2016 untuk menggantikan Android.

Menurut Dohyun Kim, Samsung sudah bersedia untuk mengucapkan selamat tinggal pada Android dan menerima Fuchsia dalam masa beberapa tahun lagi.

Menarik tentang Fuchsia, ia tidak khusus pada telefon semata-mata namun merangkumi jenis produk yang lebih meluas dengan tumpuan pada kesinambungan antara peranti. Ia juga akan lebih mudah dikemas kini berbanding Android di mana pengguna boleh terus melakukannya tanpa pengeluar sebagai perantara.

Selain itu, Fuchsia juga dikatakan akan mengoptimasikan arahan suara dan kepintaran buatan melalui Google Assistant.

Laporan turut mengatakan Google telah menguar-uarkan tentang kekosongan jawatan beberapa bulan lalu dan membentuk pasukan untuk peranti Fuchsia. Tahun lalu, Fuchsia juga telah menerima sumbangan awam dan Samsung telah menjadi antara penyumbang terhadap sistem operasi tersebut.
Bukan sahaja Samsung, Huawei beberapa tahun lepas juga pernah didakwa ingin membawa sistem operasi tersebut pada telefon gaming mereka.

Sumber: PhoneArena

Baca juga: