Samsung terkenal dengan cip buatannya, Exynos namun kalau ditanya pada mana-mana peminat teknologi pastinya mereka memilih peranti Samsung dengan Snadpragon berbanding model yang sama dengan Exynos.
The Elec mendakwa daripada perancangan Samsung yang diteliti mereka, Samsung akan melancarkan sebanyak 64 model telefon pintar dan tablet untuk tahun 2022.
Sejumlah 31 daripadanya akan dijana cip Snapdragon, 20 model akan dilengkapi Exynos, 14 lagi dikuasakan Mediatek dan baki tiga lagi model akan menggunakan cip keluaran UNISOC.
Walaupun ada khabar angin mengatakan siri Galaxy S22 akan menggunakan Snapdragon sepenuhnya bagi kesemua model namun TheElec melaporkan sebaliknya. Galaxy S22 dengan cip Snapdragon untuk pasaran Amerika Syarikat manakala Exynos untuk Korea Selatan, Eropah dan mungkin juga India.
Berikut antara senarai model dan cip yang dirancang:
- Snapdragon dan Exynos
- Siri Galaxy S22 (Snapdragon 898 & Exynos 2200)
- Galaxy S1 FE (Snapdragon 888 & Exynos 2100)
- Snapdragon
- Galaxy Z Fold4 (Snapdragon 898)
- Galaxy Z Flip4 (Snapdragon 898)
- Exynos
- Galaxy S22 FE (Exynos 2200)
- Galaxy Tab S8, S8 Ultra, S8 Plus (Exynos 2200)
- Galaxy M33
- Galaxy A73 5G
- Galaxy A53
- Galaxy A33
- Galaxy A13
- Galaxy A12
- Mediatek
- Galaxy A32
- Galaxy M32
- Galaxy A02
- Galaxy A03
Pun begitu, perancangan ini mungkin akan berubah dari masa ke masa disebabkan beberapa kekangan seperti isu bekalan cip yang dihadapi Qualcomm.
Sumber: TheElec
Baca juga: