Rasmi: HONOR Magic5 Pro Dengan Snapdragon 8 Gen 2, Tiga Kamera 50MP

HONOR baru saja melancarkan peranti andalan mereka iaitu siri Magic5 dalam MWC 2023. Wiser sendiri dibawa HONOR Malaysia untuk hadiri acara terkemuka itu.


Antara yang menjadi fokus siri ini ialah kameranya. Berikut ialah spesifikasi.



Magic5 Pro


Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2. Berbeza mengikut pasaran, RAM ditawarkan ialah 12GB manakala ROM pula 512GB.


HONOR-Magic5-Pro-4.jpg


RAM maya pula boleh digunakan 7GB.


Untuk perisian, siri terbaharu ini menjalankan Android 12 dengan MagicOS 7.1.


Kapasiti baterinya ialah 5100mAh. Berbeza dengan telefon di pasaran, ia menggunakan bateri grafit dengan voltan tinggi (HiCoO2) yang dikatakan mempunyai ketumpatan lebih tinggi.


HONOR-Magic5-Pro-6.jpg


Bercakap soal bateri, ia menyokong pengecasan pantas 66W berwayar dan 50W tanpa wayar.


Dari segi rekaan, tubuhnya hadir dengan Symmetry Dual-Curved Frame yang bermaksud lengkungan pada panel depan dan belakang adalah simetri bila dilihat dari tepi.


HONOR-Magic5-Pro-12.jpg


Pelbagai ciri ditawarkan untuk paparannya sahaja seperti PWM Dimming sehingga 2160Hz, pengiktirafan TÜV Rheinland Circadian Friendly, puncak kecerahan setinggi 1300 nit dan 1800 untuk HDR, sokongan IMAX dan HDR10+ serta dikatakan mempunyai ketepatan warna Delta E = 0.27.


HONOR-Magic5-Pro-10.jpg


Seperti diacah sebelum ini, ia dilengkapkan dengan 3 kamera di belakang dalam modul kamera bulat yang menonjol.


Rekaannya juga agak menarik kerana benjol kamera dan panel belakang seperti disatukan melalui curam disekitar bulatan benjolnya. Rekaan ini diilhamkan daripada konsep "Gaudi Curve".


Pemilihannya rasanya mungkin bukan kebetulan kerana telefon ini dilancarkan di Barcelona dalam MWC dan Antoni Gaudi ialah nama besar yang lahir dan menyumbang pada seni bina bandar itu.


Berbeza mengikut pasaran, RAM ditawarkan ialah 12GB manakala ROM pula 512GB.


HONOR-Magic5-Pro-9.jpg


Bagi kamera pula, fungsi dibawakan ialah Falcon Capture, AI Motion Sensing, Computational Optics, Super HDR, Super Night Capture dan Super Anti-Glare Coating serta Magic Log Movie Master.




  • 50MP utama (1/1.12")

    • f/1.6

    • OIS



  • 50MP sudut lebar

    • f/2.0

    • Sudut 122°

    • Makro 2.5cm



  • 50MP periskop telefoto

    • f/3.0

    • Zum optikal 3.5X

    • Zum digital 100X

    • OIS




Sensot dToF juga ada bersama 3 kamera ini di samping sensor suhu dan sensor flicker.


HONOR-Magic5-Pro-2.jpg


AI Motion Sensing membolehkan telefon mengambil gambar secara automatik tanpa anda tekan butang shutter. Hal ini kerana kecerdasan buatannya akan mengesan pergerakan secara automatik.


Untuk kamera hadapan, ia menggunakan lensa 12MP dan mempunyai sensor pengecaman wajah 3D sebagai ciri keselamatan lebih kukuh.


Ditanya mengapa tidak menggunakan sensor 1 inci seperti trend sekarang, wakil HONOR berkata ia akan membuatkan ketebalan peranti bertambah dan lensa lain sudah cukup berluasa.


HONOR-Magic5-Pro-14.jpg


Kata HONOR, Magic5 juga hadir dengan kawalan gestur yang memakan kuasa rendah pertama di Snapdragon Mobile Platform.


Bukan hanya kamera, HONOR juga menambah baik bab sambungan Wi-Fi dan Bluetooth. Ciri ini dinamakan LINK Turbo X iaitu rekaan antena Wi-Fi/Bluetooth standalone selain turut sokong Wi-Fi 7.


HONOR-Magic5-Pro-11.jpg


Selain itu, Magic5 Pro juga dilengkapi pembesar suara stereo dengan DTS: X Ultra.


Untuk kemas kini, HONOR menjamin 3 versi Android dan 4 tahun tampalan keselamatan untuk pasaran Eropah. Ia dijangka sama dengan pasaran lain.


Telefon ini juga mempunyai perlindungan IP68. Dua warna tersedia untuk model Pro ini ialah Meadow Green dan Black.



Harga


Untuk pasaran eropah, harganya 1,199 euro iaitu sekitar RM5,675.


Untuk pasaran Malaysia, wakil HONOR Malaysia berkata ia dijangka mendarat untuk pasaran Malaysia sekitar Mac atau April nanti.


{suggest}