Samsung Galaxy Z Flip5 Berharga RM4,499 Manakala Z Fold5 Pula RM6,799

Acara Samsung iaitu Galaxy Unpacked sebentar tadi memperkenal beberapa peranti baharu dari siri Z Flip, Fold, Watch dan Tablet S.

Spesifikasi Galaxy Watch6 boleh dibaca di SINI manakala Galaxy Tab S9 pula di SINI.

Untuk peranti boleh lipat iaitu Z Flip5 dan Z Fold5, ini butiran lanjut tentangnya.

Galaxy Z Flip5




  • Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy

  • 8/256GB, 8/512GB

  • Skrin dalam 6.7", FHD+, Dynamic AMOLED 2X, 1-120Hz

  • Skrin luar 3.4" Super AMOLED 60Hz

  • 12MP utama + 12MP sudut lebar

  • Swafoto 10MP

  • 3700mAh, 25W

  • OneUI 5.1.1 (Android 13)


Antara perubahan paling ketara kita boleh lihat ialah skrin luarnya yang jauh lebih besar daripada model-model sebelum ini.

harga z flip5 malaysia

harga z flip5 malaysia

Selain itu, teknologi engsel baharu juga memastikan jarak yang sekata dan rapat apabila telefon lipat. Malah, kesan lipatan juga dikatakan semakin kurang jelas daripada model-model terdahulu.



Ya, tiada lagi lohong apabila anda lipat Z Flip selepas ini. Terima kasih pada jenama-jenama China, kini Samsung turut menyediakan perkara sama iaitu skrin luar yang lebih besar dan praktikal, gapless dalam mod lipat serta kesan lipatan yang boleh diterima mata.



Dalam mod lipat, ia mempunyai ketebalan 15.1mm manakala bila dibuka pula 6.9mm. Beratnya pula 187g.

harga z flip5 malaysia

Apabila dilipat, ketebalannya 15.1mm saja dan 6.9mm apabila dibuka. Panjangnya pula 71.9mm.



Paparan luaran kali ini bukan hanya lebih besar, malah lebih banyak aplikasi turut boleh digunakan bersama. Antaranya ialah Message, YouTube dan Google Maps serta aplikasi Google lain.



Tahap perlindungannya masih kekal pada IPX8.

Ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar dan ada ciri Wireless PowerShare.

harga z flip5 malaysia

Empat warna tersedia ialah Mint, Lavender, Cream dan Graphite.

Namun, untuk pembelian dalam talian, ada warna eksklusif iaitu kelabu, biru, hijau dan kuning.

Spesifikasi penuh ada di laman web Samsung.

Harga Z Flip5 di Malaysia


Di Malaysia, ia akan dijual mulai 2023.

  • 8/256GB - RM4,499

  • 8/512GB - RM4,999


Anda boleh lakukan pratempahan di laman web Samsung.

Sebagai perbandingan, Z Flip4 tahun lepas bermula serendah RM4,099 tetapi untuk storan 128GB. Tahun ini, storan asasnya 256GB, jadi tidak terkejut dengan harga RM4,499.

Galaxy Z Fold5




  • Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy

  • Skrin dalam 7.6" QXGA+ Dynamic AMOLED 2X, 1-120Hz

  • Skrin luar 6.2" HD+ Dynamic AMOLED 2X, 48-120Hz

  • 50MP utama + 12MP sudut lebar + 10MP telefoto

  • Swafoto 10MP (skrin luar), 4MP (skrin dalam)

  • 4400mAh, 25W

  • OneUI 5.1.1 (Android 13)


Kalau bercakap soal lipatan, anda boleh jangkakan perkara sama dengan Flip5 kerana telefon ini juga dilengkapkan dengan engsel baharu. Jadi, kesan lipatan dan jarak skrin dalam mod lipat juga adalah lebih bagus daripada Fold4.



Di samping itu, ia juga lebih ringan di mana hanya 253g iaitu 10g kurang daripada Z Fold4.

 



Apabila dilihat, ketebalan 13.4mm saja dan 6.1mm apabila dibuka.

Dari segi spesifikasi, sebenarnya tiada penambahaikan yang besar pun pada siri kelima Z Flip dan Fold ini.



Ya, Flip5 misalnya kini hadir dengan rekaan gapless dan skrin luar yang lebih besar, tetapi spesifikasi dalaman seperti bateri, kamera dan lain-lain masih mewarisi apa yang ada pada Flip4 atau hanya kecil perubahannya.



Samsung juga lebih banyak menumpukan terhadap ciri baharu berbanding tawaran spesifikasi untuk kedua-dua peranti lipat ini.



Spesifikasi penuh terdapat di portal Samsung.

Empat pilihan warna tersedia ialah Icy Blue, Phantom Black dan Cream. Khas untuk pembelian dalam talian, pengguna mendapat 2 pilihan ekstra iaitu kelabu dan biru.

Harga Z Fold5


Di Malaysia, ia akan dijual mulai 2023

  • 8/256GB - RM6,799

  • 8/512GB - RM7,299

  • 8/1TBB - RM8,299


Anda boleh lakukan pratempahan di laman web Samsung.

{suggest}