Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi mix fold 3 poster - 2

Xiaomi Mix Fold 3 Dengan Kamera Leica Akan Dilancarkan Pada Ogos

Diterbitkan Julai 27, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Xiaomi melalui Weibo telah mengesahkan bahawa Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos ini lantas memeriahkan lagi pasaran peranti lipat hari ini.

Namun, seperti sebelum ini juga, ia berkemungkinan besar hanya tersedia secara rasmi untuk pasaran China sahaja.

xiaomi mix fold 3 poster

Menariknya, peranti lipat itu akan tampil dengan kamera hasil kerjasama bersama Leica. Ia akan tampil dengan 4 lensa kerana tertera slogan “Leica Optical Full Focal Quad Camera” pada poster dalam bahasa Cina.

Dalam kiriman itu, syarikat itu juga berkata mereka telah berjaya capai kejayaan dalam beberapa aspek seperti lensa ultranipis, motor OIS dan modul periskop telefoto yang kecil serta rekaan bertindan.

Berkaitan

  • Xiaomi Mungkin Lancar Mix Fold 3 Pada Bulan Ogos 2023 Ini
  • Presiden Xiaomi Sahkan Mix Fold 3 Dalam Fasa Penghasilan
  • Tak Ada Boleh ‘Challenge’, Telefon Ni Ada ‘Glass Back’, RAM Dan Storan Besar Tapi Bawah RM700
  • Xiaomi Mix Fold 3 Dilapor Sokong Pengecasan Pantas 67W

Justeru, Mix Fold 3 ini akan bawakan pengalaman imej kelas tertinggi dengan badan yang nipis dan ringan.

Menurut Digital Chat Station, MIX Fold 3 kelak mempunyai panel melengkung, lensa potret 3.2X, lensa periskop 5X dan engsel waterdrop baharu.

Sama-sama kita tunggu Ogos nanti untuk ketahui apakah ia turut akan tersedia bagi pasaran global.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY