Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
momentum 5

Sennheiser Lancar MOMENTUM 5, Audio Hi-Res Dengan Snapdragon Sound™

Diterbitkan Mei 26, 2026 · Dikemas kini Mei 26, 2026 oleh ariff bukhari

Sennheiser hari ini memperkenalkan MOMENTUM 5, generasi baharu dalam siri fon kepala premium paling laris mereka dengan kini turut mementingkan kelestarian.

Dilengkapi transduser 42mm yang diilhamkan daripada siri HD600, ia menawarkan bunyi penuh dengan bass dinamik serta sokongan Lossless Hi-Res Audio yang dikuasakan Snapdragon Sound™ aptX™ Lossless.

Sennheiser Lancar MOMENTUM 5, Audio Hi-Res Dengan Snapdragon Sound™
Reka bentuk mampan turut ditonjolkan melalui pembungkusan bebas plastik dan bekas simpanan lebih kecil.

Aplikasi Smart Control Plus membolehkan pengguna menyesuaikan audio melalui EQ 8-band dan tetapan peribadi.

Malah, Sennheiser menambah baik prestasi teknologi Pembatalan Hingar Aktif (ANC)nya di mana ia kini tiga kali lebih berkesan, dengan lapan mikrofon untuk panggilan lebih jelas.

Tambahan pula, kemas kini firmware akan membuka sokongan Dolby Atmos® dengan penjejakan kepala dan Bluetooth 6.0.

Dari segi ketahanan bateri, Sennheiser memuatkan MOMENTUM 5 dengan bateri 700 mAh boleh diganti dengan ketahanan sehingga 57 jam main balik dengan ANC aktif.

Sennheiser Lancar MOMENTUM 5, Audio Hi-Res Dengan Snapdragon Sound™
Sennheiser Lancar MOMENTUM 5, Audio Hi-Res Dengan Snapdragon Sound™
Sennheiser Lancar MOMENTUM 5, Audio Hi-Res Dengan Snapdragon Sound™

MOMENTUM 5 hadir dalam warna Hitam, Putih dan Denim, dijual pada harga $569.95 (~RM2,259.20), akan tersedia bermula di Amerika Syarikat mulai 16 Jun 2026.

Sebagai perbandingan, fon kepala MOMENTUM 4 yang dilancarkan apada awal 2024 dahulu dijual pada harga RM2,299.

Tetapi kini, anda boleh memiliki MOMENTUM 4 pada harga serendah RM1,279 sahaja dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.me/clnhat9
  • Lazada – https://invl.me/clnhat5

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Fender Lancar Fon Kepala Modular Di Malaysia Berharga RM1,399
  • 5 Teknologi Audio Qualcomm AptX Yang Perlu Anda Tahu
  • Sennheiser Lancar HD 480 PRO, Fon Kepala Khusus Untuk Rakaman Audio
  • Sony 1000X THE COLLEXION Dilancarkan, Fon Kepala Premium Berharga RM2,799

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
  • Pengguna Nothing Mula Terima Kemas Kini Nothing OS 5.0
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Kongsi, Cipta 'Sticker' Berbunyi
  • Microsoft Perkenal Maia 300 Dengan Memori HBM4 288GB
  • Microsoft Mula Guna Cip AI Sendiri Dalam Pusat Data, Perlu Tenaga Setara Beberapa Loji Nuklear
  • NVIDIA Dan Cisco Perkenal Format Sambungan Optik Baharu Berkelajuan Sehingga 12.8Tb/s
©2026 WISER.MY