Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sennheiser Lancar Fon Kepala Wayarles Baharu Berharga ~RM2,200

Sennheiser Lancar Fon Kepala Wayarles Baharu Berharga ~RM2,200

Diterbitkan Oktober 9, 2025 · Dikemas kini Oktober 9, 2025 oleh ariff bukhari

Sennheiser memperkenalkan HDB 630, fon kepala wayarles berprestasi tinggi yang dihasilkan untuk peminat tegar audio berkualiti tinggi.

Melalui port USB Type-C atau kabel fon kepala analog HDB 630, penggemar audio boleh menyambungkannya terus ke audio atau platform penstriman dengan sokongan asli untuk muzik sehingga resolusi 24-bit, 96 kHz, sekali gus menawarkan audio pada kualiti CD.

Selain itu, keistimewaan utama fon kepala ini juga ialah ia didatangkan bersama dongle pemancar USB Type-C, yang segera meningkatkan audio pada peranti seperti telefon pintar dan tablet kepada kemampuan aptX Adaptive resolusi tinggi.

Sennheiser Lancar Fon Kepala Wayarles Baharu Berharga ~RM2,200
HDB 630 adalah fon kepala premium dengan binaan yang ringan diperkaya dengan cekak kepala Leatherette Protein Jepun daripada IDEATEX™, yang terkenal dengan sentuhan lembut dan ketahanannya.

Fon kepala ini dilengkapi EQ parametrik untuk kawalan frekuensi tepat, fungsi crossfeed untuk keseimbangan saluran audio, serta pembatalan bunyi adaptif (ANC) dengan hayat bateri sehingga 60 jam.

Ciri kawalan pintar turut disertakan untuk kemudahan pengguna menetapkan ciri seperti pembatalan hingar, pengesanan pada kepala, keutamaan codec, dan banyak lagi.

Dengan ciri-ciri ini, HDB 630 bersedia untuk menarik peminat audio berkualiti tinggi.yang mahukan kualiti bunyi terbaik tanpa kompromi.

Sennheiser Lancar Fon Kepala Wayarles Baharu Berharga ~RM2,200
HDB 630 dilengkapi dengan kotak pelindung termasuk kabel pengecas USB Type-C, kabel audio analog 3.5 mm, penyesuai penerbangan, dan pemancar Bluetooth USB Type-C.

Sennheiser HDB 630 akan tersedia untuk pra-tempahan bermula 8 Oktober padda harga USD 499.95 (~RM2,200) dan akan dihantar bermula 21 Oktober.

Beli barisan produk Sennheiser dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln03fn
  • Lazada – https://invl.me/cln03fp

Berkaitan

  • Jurutera Bunyi Dah Buat Kerja, Sepatutnya Tak Perlu Ubah EQ
  • Nothing Lancar CMF Headphone Pro Dengan Bateri 100 Jam
  • Sennheiser MOMENTUM 4 Edisi Ulang Tahun Ke-80 Dilancar Pada Harga RM1,199

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY