Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition 2

Sennheiser MOMENTUM 4 Edisi Ulang Tahun Ke-80 Dilancar Pada Harga RM1,199

Diterbitkan Oktober 6, 2025 · Dikemas kini Oktober 6, 2025 oleh ariff bukhari

Syarikat audio terkemuka dari Jerman, Sennheiser telah menyambut ulang tahun ke 80 tahunnya dengan melancarkan fon kepala edisi 80 tahun menerusi model fon kepala popularnya, MOMENTUM 4.

MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition ini direka bersama artis graffiti Bond Truluv, yang tampil dengan gaya visual berani dan ekspresif—simbol gabungan seni dan kejuruteraan Jerman.

Sennheiser MOMENTUM 4 Edisi Ulang Tahun Ke-80 Dilancar Pada Harga RM1,199
Sennheiser ditubuhkan pada 1945 oleh Dr. Fritz Sennheiser, dengan bermula dari makmal kecil di Wedemark, Jerman,
SennheiserFullWidth (1)
Prof. Dr. Fritz Sennheiser ketika menyerahkan pengurusan syarikat kepada anaknya, Prof. Dr. Jörg Sennheiser pada tahun 1982.

Dikuasakan oleh sistem transduser 42mm, MOMENTUM 4 menawarkan bunyi berkualiti dengan ciri pembatalan bunyi adaptif, mod transparensi, serta bateri tahan sehingga 60 jam.

Keselesaan premium dijamin melalui reka bentuk ringan dan kusyen empuk, manakala ciri EQ terbina dan mod bunyi membolehkan penyesuaian audio peribadi melalui aplikasi Smart Control.

Empat mikrofon digitalnya pula memastikan panggilan jelas dan akses mudah kepada pembantu suara.

MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition 1
MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition

MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition kini ditawarkan pada harga promosi RM1,199 (harga asal RM2,299).

Beli MOMENTUM 4 Wireless 80th Anniversary Edition dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/cln03fn
  • Lazada – https://invl.me/cln03fp

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Bowers & Wilkins Lancar Fon Kepala Premium Berharga RM3,299
  • SteelSeries Perkenal Fon Kepala 'Gaming' Pertama Di Dunia Dengan Audio Hi-Res

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY