Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
subsidi minyak_BERNAMA

Senator Cadang e-Dompet Sebagai Mekanisme Salur Subsidi RON95

Diterbitkan Disember 6, 2024 oleh Amalina Athman

Seorang Ahli Dewan Negara berharap kerajaan mempertimbangkan penggunaan mekanisme e-dompet dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.

Senator Datuk Lim Pay Hen berkata penggunaan e-dompet adalah lebih bersasar dan sistematik berbanding kad pengenalan kerana tidak akan merumitkan pengguna ketika berurusan di stesen minyak.

e-Dompet seperti Touch n Go dilihat lebih mesra pengguna dan kerajaan lebih mudah menyasarkan mereka yang menerima subsidi. Bagi mereka yang kurang mahir menggunakan e-dompet seperti warga emas, penyaluran secara tunai adalah paling efisien kerana kadar yang lebih jitu.

Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizah berkata kerajaan masih dalam pertimbangan untuk memilih mekanisme terbaik bagi penyaluran subsidi berkenaan.

Berbalik kepada konteks, Lim juga berharap semua sistem dan urusan kerajaan dapat dilakukan secara digital pada tahun depan sejajar perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan IR 5.0 yang memerlukan lebih banyak pengintegrasian teknologi seperti kecerdasan buatan (Al) dan Internet of Thing (IOT).

Tidak perlu lihat jauh, di peringkat parlimen sahaja sejauh mana seluruh sistem yang digunakan Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat berjaya didigitalkan ekrana pada masa ini, kita masih bergantung kepada bahan-bahan cetakan dan belum mencapai tahap digitalisasi yang komprehensif.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Perkenal Sistem MySubsidi Diesel Bermula 1 Februari 2024
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet
  • SARA Akan Disalurkan Secara 'One-Off' Untuk Penerima STR Kategori Bukan Miskin/Miskin Tegar

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY