Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Telefon Samsung Yang Akan Menerima Kemaskini Oreo Tertiris

Senarai Telefon Samsung Yang Akan Menerima Kemaskini Oreo Tertiris

Diterbitkan November 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perkhabaran baru bagi pemilik telefon pintar Samsung, satu imej senarai peranti yang bakal menerima kemaskini Android Oreo 8.0 telah tertiris ke internet.

Berdasarkan imej itu, sebanyak 36 model telah tersenarai dan ia terdiri daripada telefon pintar serta tablet. Senarai itu telah dimuat naik ke laman Weibo dan ia memperlihatkan model Galaxy S6 dan Galaxy Note 5 yang dilancarkan dua tahun lalu turut bakal menerima kemaskini tersebut.

Senarai Telefon Samsung Yang Akan Menerima Kemaskini Oreo Tertiris

Selain daripada itu, sebahagian besar Siri Galaxy A, J, C dan juga Tab bagi tahun 2016 dan 2017 turut berada dalam senarai berkenaan.

Apa yang menarik mengenai imej ini, kelihatan 4 buah model yang belum lagi diumumkan Samsung iaitu Galaxy A3, A5, A7 dan C10 yang diramalkan pelancarannya pada 2018. Ia mungkin akan diperkenalkan dengan sistem operasi Android Nougat terlebih dahulu dan kemudia barulah dikemaskini kepada Android Oreo 8.0.

Walaubagaimanapun, imej ini adalah khabar angin dan untuk maklumat yang benar-benar rasmi, kita perlu menunggu pengumuman dari Samsung.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY