Senarai 21 Telefon Pintar Yang Mungkin Menggunakan Snapdragon 845

Cip pemprosesan berkuasa tinggi dari Qualcomm sememangnya dinantikan ramai pihak dan bagi kelas flagship tahun 2018, Snapdragon 845 akan dipertaruhkan.

Ramai peminat yang tertanya-tanya model manakah yang bakal menggunapakai cip berprestasi tinggi itu, dan menyusuli persoalan berkenaan, beberapa khabar angin mula kedengaran.

Terbaru, satu imej memperlihatkan senarai telefon pintar dari pelbagai jenama dikatakan akan dilengkapi dengan Snapdragon 845.

Sebelum anda menuruti senarai itu, perlu diingatkan bahawa imej ini adalah khabar angin yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Sekiranya senarai ini benar sekalipun, berkemungkinan pihak pengeluar membuat pertukaran disaat-saat akhir.

Februari

  • Samsung Galaxy S9 dan Samsung Galaxy S9+

  • LG G7 dan LG G7+


April

  • Xiaomi Mi 7


Mei

  • HTC U12


Jun

  • OnePlus 6

  • ZTE Nubia Z18

  • Sony Xperia XZ Pro-A


Ogos

  • Nokia 10 (ada khabar angin lain mengatakan Nokia 9)


September

  • Samsung Galaxy Note 9

  • Xiaomi Mi Mix 3

  • LG V40


Oktober

  • Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL

  • ZTE Nubia Z18S

  • Sony Xperia XZ2

  • HTC U12+


November

  • Moto Z 2019


Disember

  • Samsung W2019

  • OnePlus 6T




Imej ini diperoleh dari akaun Weibo milik Kumamoto Technology. Walaupun tidak rasmi, ia memberikan sedikit bayangan peranti flagship mana yang akan dilengkapi dengan Snapdragon 845 dan bilakah pelancarannya mungkin dilangsungkan.

Sumber: Gizchina