Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2026-10-02 at 5.55.42 PM

Semua Perkhidmatan JPJ Di MYEG Digantung Mulai 5 Oktober

Diterbitkan Oktober 2, 2026 oleh Amsyar Latif

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan semua perkhidmatan JPJ melalui My E.G. Sdn. Bhd. dan Zetrix AI Berhad di bawah Kumpulan MYEG akan digantung bermula jam 12.01 pagi, 5 Oktober 2026.

Menurut JPJ, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan, selain terdapat obligasi atau tanggungjawab yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.

Susulan penggantungan tersebut, orang ramai tidak lagi boleh menggunakan saluran MYEG untuk urusan JPJ mulai tarikh berkenaan.

Screenshot 2026-10-02 at 5.56.48 PM

Bagaimanapun, urusan seperti pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pembaharuan dan permohonan lesen memandu, semakan serta pembayaran saman dan pertukaran hak milik masih boleh dilakukan melalui saluran rasmi serta alternatif yang disediakan JPJ.

Antaranya termasuk kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, Portal Awam JPJ, kios JPJ, Kaunter Mobile JPJ dan Pejabat Pos, bergantung kepada jenis urusan.

Semua Perkhidmatan JPJ Di MYEG Digantung Mulai 5 Oktober
Semua Perkhidmatan JPJ Di MYEG Digantung Mulai 5 Oktober

Bagi tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat menerusi MYEG sebelum 5 Oktober, tempahan tersebut masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.

Namun, tempahan baharu mulai 5 Oktober perlu dibuat melalui Pusat Ujian KPP di Institut Memandu di seluruh Malaysia.

Sementara itu, bagi pembayaran saman melibatkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, JPJ akan menyediakan Unit Mobile JPJ di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor, dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi yang disediakan bagi memastikan urusan dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Berkaitan

  • JPJ Aktifkan 375 Unit Kamera Pintar, Mampu Kesan Pelbagai Kesalahan Di Jalan Raya
  • JPJ Setuju Kembalikan Semula Perkhidmatan Tukar Hak Milik Kenderaan Dalam Talian - Anthony Loke

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY