Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua iMac, iPhone dan iPad Terdedah Dengan Kelemahan Sekuriti Cip

Semua iMac, iPhone dan iPad Terdedah Dengan Kelemahan Sekuriti Cip

Diterbitkan Januari 6, 2018 oleh Wiser MY

Bermula pada tahun 2018, kita dikejutkan dengan pendedahan dari pengeluar cip Intel yang mengatakan cip mereka terdedah dengan isu keselamatan. Satu lagi pengeluar cip, Advanced Micro Devices (AMD) juga mengesahkan yang cip pemprosesan mereka terjejas dengan isu yang sama.

Apple Inc. juga telah mengumumkan yang peranti mereka termasuk iMac, iPhone dan iPad terlibat dengan isu kelemahan keselamatan cip mereka. Mereka telah mengesahkan perkara tersebut dan menambah yang tiada bentuk serangan telah dilaporkan kepada mereka setakat ini.

Semua iMac, iPhone dan iPad Terdedah Dengan Kelemahan Sekuriti Cip

Kelemahan yang terdapat di dalam peranti Apple itu dikenali sebagai Meltdown dan kemaskini perisian terbaru dari Apple telah mengurangkan sedikit risiko dari kelemahan tersebut.

Segar dari insiden mereka memperlahankan prestasi iPhone mereka, Apple berkata kemaskini terbaru ini tidak akan memperlahankan prestasi peranti mereka. Syarikat itu juga akan mengeluarkan kemaskini ke pelayar Safari mereka untuk satu lagi bentuk kelemahan yang dipanggil Spectre. Kemaskini Safari bagaimanapun akan memperlahankan prestasi pelayar tersebut dalam 2.5% menurut Apple.

Semua iMac, iPhone dan iPad Terdedah Dengan Kelemahan Sekuriti Cip

Salah satu peranti dari Apple, Apple Watch pula tidak terlibat dengan sebarang isu kelemahan keselamatan Meltdown.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY