Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara memadam “Website History” Pada iPhone

Apple Tekankan Aplikasi ‘Sideload’ Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)

Diterbitkan Januari 5, 2022 · Dikemas kini Januari 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Craig Federighi dalam acara Web Summit 2021 mengatakan bahawa sideloading ialah rakan baik jenayah siber dan jika iPhone menyokongnya, maka ia akan menjadi lubuk emas untuk perisian hasad.

Beliau yang bertanggungjawab atas perisian iOS dan macOS membantah cadangan European Commission untuk memperkenalkan Akta Pasaran Digital (Digital Markets Act). Akta ini jika berkuat kuasa, maka Apple perlu membenarkan pengguna memasang aplikasi dari luar App Store seperti mana yang boleh dilakukan pengguna Android. Inilah yang dikatakan sideloading.

Sideloading dalam konteks ini merujuk pada pemasangan aplikasi menerusi saluran selain gudang aplikasi rasmi platform tersebut. Google Play Store ialah gedung rasmi bagi Android manakala App Store bagi iOS dan AppGallery bagi HarmonyOS.

Tegasnya lagi, ketiadaan sideload telah membezakan keselamatan antara iOS dan Android yang mana menyaksikan 5 juta serangan sebulan terhadap sistem sumber terbuka tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau juga menjangkakan sesuatu yang berbahaya iaitu syarikat media sosial yang sering menjejak pengguna pastinya akan meminta pengguna mereka memasang aplikasi mereka secara sideloading kerana tidak mahu mematuhi syarat ketat Apple yang mementingkan privasi pengguna.

Dengan komisen setinggi 30% untuk setiap aplikasi berbayar, apakah Apple sebenarnya mementingkan keselamatan data pengguna atau sebenarnya risau kehilangan pendapatan mereka?

Jika anda sedang mencari aksesori berkualiti untuk iPhone bawah RM50, kami ada senaraikannya di SINI.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid
  • iPhone 14 Mungkin Hadir Dengan Storan Serendah 64GB
  • Apple Gantung Operasi Kilang Foxconn, 250 Pekerja Keracunan Makanan
  • Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY