Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia dlss 5

NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI

Diterbitkan Mac 17, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh Amsyar Latif

NVIDIA telah mengumumkan DLSS 5, teknologi grafik baharu yang disifatkan sebagai antara lonjakan terbesar dalam visual permainan sejak pengenalan ray tracing masa nyata pada 2018.

DLSS 5 memperkenalkan model neural rendering masa nyata yang mampu meningkatkan pencahayaan dan material dalam permainan ke tahap lebih realistik.

Teknologi ini membolehkan pembangun menghasilkan visual yang sebelum ini hanya boleh dicapai melalui kesan visual filem Hollywood.

NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI
NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, Jensen Huang, DLSS 5 merupakan “detik GPT untuk grafik” kerana ia menggabungkan teknik rendering tradisional dengan kecerdasan buatan bagi menghasilkan visual yang lebih hidup tanpa mengorbankan kawalan artistik.

NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI
NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI
NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI
NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI

Berbeza dengan versi terdahulu yang memfokuskan peningkatan prestasi seperti upscaling dan penjanaan bingkai, DLSS 5 kini menumpukan kepada kualiti visual.

Ia menggunakan data seperti warna dan vektor pergerakan bagi setiap bingkai untuk menjana pencahayaan dan tekstur yang lebih tepat serta konsisten dalam masa nyata, termasuk pada resolusi sehingga 4K.

NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI
NVIDIA Umum DLSS 5, Bawa Grafik Permainan Lebih Realistik Dengan AI

Model AI ini juga dilatih untuk memahami elemen kompleks seperti kulit, rambut, kain dan pencahayaan persekitaran, sekali gus membolehkan hasil visual yang lebih semula jadi dan terperinci.

DLSS 5 akan menyokong pelbagai pembangun dan penerbit utama termasuk Bethesda, CAPCOM, Ubisoft dan Tencent. Antara permainan yang dijangka menerima sokongan teknologi ini ialah Starfield, Assassin’s Creed Shadows, Hogwarts Legacy dan Resident Evil Requiem.

NVIDIA DLSS 5 akan mula dilancarkan kepada pengguna sekitar penghujung tahun ini.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Nvidia Perkenal NemoClaw Untuk Komuniti OpenClaw
  • Nvidia Bangunkan Modul AI Untuk Pusat Data Angkasa Lepas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
©2026 WISER.MY