Malaysia adalah negara ASEAN ketiga beralih kepada siaran TV digital.
Pada jam 12.30 tengah malam, 31 Oktober lalu, sebanyak 26 stesen pemancar di Sarawak dan 16 di Sabah termasuk di Labuan menjadi stesen terakhir melakukan ‘Ánalogue Switch Off’ (ASO). Ia menandakan peralihan sepenuhnya siaran TV analog kepada digital di seluruh Malaysia.
Malaysia merupakan negara ASEAN ketiga yang melakukan peralihan siaran TV analog kepada digital selepas Brunei dan Singapura beralih kepada siaran TV Digital, masing-masing pada 31 Disember 2017 dan 1 Januari 2019.
Acara ringkas majlis penutupan rasmi siaran TV analog telah diadakan di Stesen Pemancar Telekom Malaysia (TM) Bukit Trig, Sandakan, Sabah yang turut disaksikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi, Dr Yusof Yacob.
Perkhidmatan TV digital di bawah penjenamaan myFreeview adalah satu inisiatif kerajaan yang diberi secara percuma kepada rakyat, dikendalikan syarikat MYTV Broadcasting Sdn Bhd secara pembiayaan sektor swasta.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Catat Rekod Dunia, Dengkuran Kucing Ini Lebih Kuat Dari Bunyi TV
- Aplikasi 'Be U by Bank Islam' Kini Tawar Penyelesaian Takaful Digital Untuk Pekerja Gig
- Perkhidmatan Internet Dan Studio Digital Kini Tersenarai Sebagai Perkhidmatan Diperlukan Dalam SOP PKP 2.0
- Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, 'INNOVATHON' Dan Menang Hadiah RM1 Juta
- Samsung WOW Perkenal Model TV Dan Monitor 'Flagship' 2023
- SKMM Menjemput Penyelidik Kemukakan Kertas Cadangan Program Geran Kajian Masyarakat Digital
- sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV
- Kemas Kini Terbaru Bagi Pengguna Mac, Apple Watch Dan Apple TV
- Pelanggan Kini Boleh Tonton 72 Saluran Secara Percuma Di Unifi TV
- Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini