Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, ‘INNOVATHON’ Dan Menang Hadiah RM1 Juta

Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, ‘INNOVATHON’ Dan Menang Hadiah RM1 Juta

Diterbitkan April 17, 2023 · Dikemas kini April 18, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Ekonomi telah melancarkan Program Rancangan Realiti TV terbaru  yang dikenali INNOVATHON.

INNOVATHON adalah Program Rancangan Realiti TV platform yang akan disiarkan melalui saluran Astro bagi inovator tempatan dari pelbagai peringkat untuk mengetengahkan idea dan hasil ciptaan teknologi dan inovasi kepada rakyat Malaysia umumnya dan potensi untuk mendapatkan pelaburan dalam pengkomersialan produk inovasi melalui program tersebut.

Sebanyak lapan episod INNOVATHON dengan melibatkan 56 peserta yang telah melepasi proses saringan di Sesi Uji Bakat akan dijemput.

Para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan pelaburan jenis perkhidmatan sehingga RM1 juta bagi menambah baik dan mengkomersialkan produk inovasi mereka.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan had umur.

Peserta perlu menyediakan klip video berdurasi 1 minit dan dihantar melalui e-mel ke [email protected] selewat-lewatnya pada 7 Mei 2023.

Berkaitan

  • Kerajaan Dilapor Rancang Perkenal Rangkaian 5G Kedua Untuk Pecah Monopoli
  • Pakel Time MyKabel Kini Libatkan 100Mbps, 500Mbps Dan 1Gbps Bermula RM69/Bulan
  • Ketika Ini Hanya 8 Kawasan Ini Sahaja Yang Boleh Melanggan Pakej Perpaduan PPR/ PA @MyKabel

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY