Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
16 – Game Bar

Samsung WOW Perkenal Model TV Dan Monitor ‘Flagship’ 2023

Diterbitkan April 14, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics telah melancarkan barisan TV 2023 Neo QLED 8K, Samsung OLED dan monitor menerusi strim langsung maya Unbox & Discover.

Samsung untuk barisan produk mereka pada tahun ini menumpukan pada meningkatkan pengalaman pengguna dengan menjadikan teknologi kompleks lebih intuitif dan disepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan orang ramai, sambil menyampaikan gambar yang sempurna yang diharapkan pengguna daripada skrin Samsung.

10 – Neo QLED 8K

Di Unbox & Discover 2023, Samsung memperkenalkan produk dan ciri yang direka untuk menyampaikan pengalaman visual 8K yang inovatif.

Model TV QN900C berada di bahagian atas barisan premium Neo QLED 8K Samsung dan merupakan model yang paling menonjol dalam kategori TV premium.

11 – Neo QLED Auto HDR Remastering

Dengan teknologi termaju seperti Auto HDR Remastering dan 8K AI upscaling, QN900C mengagumkan pakar industri dan pengulas.

Samsung juga menyatakan, TV Neo QLED 8K  mereka memberikan pengalaman gaming pada tahap permainan yang tiada tandingan.

15 – Gaming Hub

Samsung juga menaik taraf platform permainan semua-dalam-satu, Gaming Hub.

Platform ini kini bekerjasama dengan Amazon Luna, NVIDIA GeForce NOW, Utomik dan Xbox sekaligus membolehkan pemain memainkan tajuk permainan kegemaran mereka pada kelajuan prestasi tinggi terus dari awan tanpa konsol atau PC.

Odyssey Neo G9

Untuk tahun 2023 ini juga, Samsung melancarkan model terbaru monitor Odyssey Neo G9, monitor resolusi UHD dwi pertama di dunia, dan Odyssey Ark, skrin melengkung 55 inci dengan sistem bunyi yang berkuasa dan keupayaan memaparkan berbilang tugas.

14 – Gaming Odyssey G9

Model Odyssey 2023 baharu akan tersedia dalam 2 model iaitu 57-inci Odyssey Neo G9 dan Odyssey OLED G9 49-inci.

Pada 18 April 2023 nanti, Samsung Malaysia dijadualkan mengumumkan barisan produk terbaru mereka ini untuk pasaran tempatan yang bakal WOW kan pengguna.

Sama-sama kita nantikan.

Berkaitan

  • Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • Ini 30 Syarikat Yang Paling Banyak Mengumpul Data Wajah, Suara Dan Persekitaran Anda
  • Dapatkan Siri vivo X90 Dengan Diskaun Hingga RM500

Sumber: Siaran Media Samsung

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY