Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Covid 19

SKMM Menjemput Penyelidik Kemukakan Kertas Cadangan Program Geran Kajian Masyarakat Digital

Diterbitkan Ogos 23, 2021 · Dikemas kini Ogos 23, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mempelawa penyelidik-penyelidik untuk mengemukakan kertas cadangan di bawah program Geran Kajian Masyarakat Digital (DSRG).

Kertas cadangan itu perlulah memfokuskan kepada dua bidang kajian iaitu Warga Digital dan Kesejahteraan Siber serta Keterangkuman Digital yang mana kedua-duanya berkait rapat dengan bidang keutamaan pembangunan sosioekonomi digital iaitu perkhidmatan digital, e-dagang, Internet Benda (IoT), Kecerdasan Buatan (AI), identiti dan keselamatan digital serta isu privasi.

Di bawah 2 bidang kajian itu pula, sebanyak 6 tajuk telah dikenal pasti oleh SKMM bagi Panggilan Kertas Cadangan Kitar 2 – 2021.

Berikut adalah 6 tajuk tersebut:-

i. Hak dan Perlindungan Pengguna untuk Pelanggan Perkhidmatan Telekomunikasi melalui Penyediaan Kerangka Pampasan Automatik
ii. Memahami Aspek Tingkah Laku Buli Siber dan Intervensi untuk Mangsa, Pelaku, Ibu Bapa dan Pihak Berkepentingan
iii. Keberkesanan Inisiatif dan Penguatkuasaan Undang-Undang dalam usaha menangani, mengurus dan mengatasi penyebaran berita palsu berkaitan pandemik COVID-19
iv. Analisis Jurang Kompetensi Industri Komunikasi dan Multimedia (C&M)
v. Kesan Inisiatif Akses Internet dan Kebolehaksesan bagi memenuhi keperluan pelajar dalam kategori M40 dan B40 sepanjang tempoh langkah pencegahan COVID-19
vi. Kajian Impak Program Klik Dengan Bijak (KDB)

SKMM menyatakan bahawa mereka berganding bahu dengan pihak penyelidik yang memberi input berguna dan kaedah soal selidik yang digunakan.

Penglibatan SKMM dalam kajian-kajian itu secara langsung akan membolehkan mereka untuk terus membuat keputusan berdasarkan data dan bukti dalam pengurusan.

Panggilan kertas cadangan DSRG akan ditutup pada hari Rabu, 8 September 2021, pukul 5.00 petang.

Untuk maklumat lanjut tentang kertas cadangan di bawah DSRG ini, sila layari laman muka “2021 Digital Society Research Grant: Call For Proposals – Cycle 2“.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY