Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini

Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini

Diterbitkan Oktober 29, 2019 · Dikemas kini Oktober 29, 2019 oleh ariff bukhari

Selepas Semenanjung, kini giliran Sabah dan Sarawak pula merasai siaran TV digital.

Bermula dari kejayaan peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview di Pulau Langkawi, Kedah pada 21 Julai 2019, Wilayah Tengah dan Selatan pada 30 September 2019 serta Wilayah Utara dan Timur pada 14 Oktober 2019 lalu, kini giliran rakyat di negeri Sabah dan Sarawak pula melalui peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview.

Proses peralihan itu akan dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019 ini.

Peralihan ini akan melibatkan liputan siaran TV analog di semua daerah di dalam negeri Sabah dan Sarawak yang sekaligus menjadi penanda tamatnya siaran TV analog di seluruh Malaysia yang telah bersiaran selama 56 tahun dan bermulanya era siaran TV digital sepenuhnya di seluruh Malaysia.

Peralihan Ke Siaran TV Digital Di Sabah & Sarawak Bermula 31 Oktober Ini

Rakyat di Sabah dan Sarawak akan bersama dapat merasai kelebihan siaran TV digital menerusi kualiti paparan serta kualiti bunyi yang lebih baik bagi definisi Standard (SD) serta definisi tinggi (HD). Malah akan terdapat pelbagai fungsi menarik seperti panduan program elektronik dan sarikata pelbagai bahasa.

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan menerima dekoder percuma melalui laman sesawang MYTV http://www.mytvbroadcasting.my/B40 atau menerusi semakan SMS: Taip MYTV<jarak>DEKODER<jarak>No. IC dan hantar ke 15888 atau pun menerusi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.

Sekiranya terdapat persoalan mengenai peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital myFreeview, sila rujuk kepada laman sesawang https://myfreeview.tv/ atau menghubungi Pusat Pusat Khidmat Pelanggan melalui talian 1800-18-1088 atau 1300-80-6988.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY