Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Unifi logo baru

Pelanggan Kini Boleh Tonton 72 Saluran Secara Percuma Di Unifi TV

Diterbitkan Disember 2, 2022 oleh ariff bukhari

Unifi TV, cabang kandungan digital dan hiburan bagi perniagaan bersepadu Unifi daripada  Telekom Malaysia kini sedang  menawarkan tontonan percuma kepada semua pelanggannya.

Ia bersempena dengan meraikan pencapaian memperoleh 3 juta pelanggan Unifi.

Unifi berkata, pelanggan mereka boleh menikmati tontonan percuma semua 72 saluran Unifi TV, nikmati diskaun sehingga  50% untuk filem-filem pay-per-view Unifi TV dan percubaan percuma aplikasi penstriman Unifi  TV dari 1 Disember hingga 1 Januari 2023. 

Berkaitan

  • Sehingga 8 Disember 2022, Ini Kawasan Terjejas Rangkaian Akibat Penyelenggaraan Celcom
  • Naik Taraf Jalur Lebar Tembaga Kepada Gentian Optik Akan Tingkat Kelajuan Sehingga 1Gbps
  • Pengguna CIMB, Anda Tidak Lagi Akan Terima TAC Melalui SMS Untuk Transaksi RM100 Ke Atas

Selain itu, pelanggan Unifi sedia ada juga ditawarkan untuk melanggan Unifi TV Ultimate Pack yang merangkumi lima aplikasi penstriman dan kesemua 72 saluran premium hanya pada harga RM60 sahaja.

“Pada tahun akan datang, kami akan terus meningkatkan perkhidmatan  digital kami, dengan memperbanyakkan himpunan kandungan untuk memberikan lebih banyak  saluran dan melibatkan lebih banyak rakan usahasama premium tempatan dan antarabangsa.” Anand  Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif, Unifi.

Sumber : Media Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
©2026 WISER.MY