Catat Rekod Dunia, Dengkuran Kucing Ini Lebih Kuat Dari Bunyi TV

Seekor kucing dari Huntingdon, Cambridgeshire, UK berusia 14 tahun telah mencatat Rekod Dunia Guinness sebagai kucing peliharaan (hidup) yang merekodkan bunyi bising untuk dengkuran paling kuat di dunia.

Kucing yang bernama Bella itu merekodkan bunyi dengkuran "purrr" sekuat 54.59 desibel atau kekuatan bunyi itu adalah bersamaan dengan bunyi cerek mendidih dan tidak jauh dari bunyi mesin basuh anda.



"Dia mendengkur sepanjang hari. Jika ada makanan di sekeliling, atau berpelukan, dia selalu mendengkur. Juga apabila menonton TV – dia suka bersuara dengan televisyen. Arwah suami saya selalu mengerang tentang bunyi dengkurnya yang menghalang bunyi TV pada waktu petang.” Nicole Spink, pemilik Bella.

Bunyi dengkuran kucing itu telah dirakam dan diukur oleh jurutera bunyi pakar bebas dan diluluskan oleh wakil rasmi rasmi Rekod Dunia Guinness, Dave Wilson.



Mengikut arahan yang diperakui, meter paras bunyi yang digunakan untuk percubaan itu diletakkan pada jarak satu meter dari Bella serta jarak satu meter dari tanah.

Walaupun Bella memegang rekod bunyi dengkuran kucing peliharaan (hidup) paling kuat ketika ini, gelaran rekod bunyi dengkuran paling kuat oleh kucing peliharaan sebelum ini pernah dipegang oleh 2 kucing lain iaitu Smokey dan Merlin.

Pada tahun 2011, Smokey, yang dimiliki oleh Lucinda Ruth Adams di Northampton, UK, telah direkodkan berdengkur pada tahap bunyi yang menakjubkan iaitu 67.8 dB iaitu 13.21 dB lebih kuat daripada Bella.

4 tahun kemudiannya, rekod itu dipegang bersama dengan Merlin yang dimiliki oleh Tracy Westwood di Devon, UK. Sehingga kini mereka masih pemegang rekod bersama itu sehingga hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=KegnZEFpczU&t=100s

{suggest}

Sumber: Guinness World Records

Berkaitan