Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Representatives from Zurich Malaysia, Bank Islam and Senang.io at the announcement of the “Microtakaful for Gig Workers” collaboration in the Be U by Bank Islam app

Aplikasi ‘Be U by Bank Islam’ Kini Tawar Penyelesaian Takaful Digital Untuk Pekerja Gig

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh ariff bukhari

Zurich Malaysia dan Senang.io mengumumkan kerjasama strategik dengan perintis perbankan Islam Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Bank), untuk merevolusikan penyampaian penyelesaian takaful melalui aplikasi Be U by Bank Islam.

Aplikasi Be U by Bank Islam akan mengintegrasikan rangkaian produk takaful yang pelbagai demi memastikan akses mudah untuk pengguna.

Menerusi kolaborasi ini juga, Zurich Malaysia, Senang.io dan Bank Islam memperkenalkan produk sulungnya, ‘Mikrotakaful untuk Pekerja Gig’.

Perkhidmatan takaful yang diperibadikan ini direka bagi memenuhi jadual kerja dinamik komuniti pekerja gig serta menepati keperluan individu.

Sekaligus memperkasakan pekerja gig dengan pilihan yang komprehensif, menawarkan perkhidmatan atas permintaan, perlindungan perubatan dan platform pengurusan tuntutan dalam aplikasi yang mesra pengguna. 

“Tawaran mikrotakaful baharu yang disokong oleh OpenAPI ini mengintegrasikan perlindungan pekerjaan gig dalam aplikasi Be U by Bank Islam. Ini akan membolehkan pengguna mengakses ciri-ciri tambahan takaful serta memproses tuntutan secara langsung melalui platform berkenaan dengan mudah.” Noor Farilla Abdullah, Ketua Pegawai Digital Kumpulan Bank Islam.

Senang.io dan Bank Islam juga memaklumkan mereka mempunyai rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak produk takaful menerusi kerjasama dengan penyedia-penyedia takaful lain dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Aplikasi Be U by Bank Islam boleh dimuat turun dari AppStore dan PlayStore

Berkaitan

  • Tiada Lagi Caj Tambahan Untuk Akses 5G - Fahmi Fadzil
  • iPhone Selamat Walaupun Jatuh 16,000 Kaki Dari Pesawat Boeing 737
  • Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan 'Soundbar' Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma

Sumber: Siaran media Zurich Malaysia, Senang.io dan Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
©2026 WISER.MY