Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selepas 12 Tahun Dilancar, Real Racing 3 Ucapkan Selamat Tinggal

Selepas 12 Tahun Dilancar, Real Racing 3 Ucapkan Selamat Tinggal

Diterbitkan Mac 10, 2026 ยท Dikemas kini Mac 11, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas 12 tahun menghiburkan pemainnya, permainan lumba kereta Real Racing 3 akhirnya ditamatkan.

Dilancarkan pada 2013 dahulu, permainan mudah alih ini menjadi kegemaran peminat kereta lumba khususnya kerana kualiti grafik yang realistik, penuh dengan koleksi kereta dan membariskan trek ikonik menyaingi siri konsol seperti Forza dan Gran Turismo.

Namun, pada Disember 2025 lalu , Real Racing 3 telah dikeluarkan dari App Store dan Google Play dengan EA mengumumkan bahawa pelayan permainan ini akan ditutup sepenuhnya pada 20 Mac 2026 ini.

Menyebabkan permainan tidak lagi boleh dimainkan selepas tarikh tersebut.

Selepas 12 Tahun Dilancar, Real Racing 3 Ucapkan Selamat Tinggal

Walau bagaimanapun, jika anda pernah memuat turun permainan ini sebelum ini, anda boleh memuat turunnya semula daripada pustaka aplikasi anda sehingga 20 Mac 2026.

Sepanjang hayatnya, Real Racing 3 menerima kemas kini berterusan.

Dibangunkan oleh Firemonkeys dan kemudian diurus EA Hyderabad, projek sekuel Real Racing 4 telah dibatalkan pada 2019, sekali gus menandakan berakhirnya era penting dalam sejarah perlumbaan kereta di peranti mudah alih.

Berkaitan

  • Edisi Khas ASUS Republic of Gamers x Kojima Productions Kini Dibuka Untuk Pra-Tempahan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • JPJ Lancar Aplikasi Lelong Kenderaan Sita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY