Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Kini Membenarkan Majlis Akad Nikah Melalui Sidang Video

Selangor Kini Membenarkan Majlis Akad Nikah Melalui Sidang Video

Diterbitkan April 20, 2020 oleh Amalina Athman

Bermula hari ini, Selangor telah membenarkan majlis akad nikah melalui sidang video dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bagaimanapun, setiap majlis tersebut perlu mendapat kelulusan khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, satu tatacara terperinci dan ketetapan baharu yang strategik disediakan bagi memastikan pelaksanaan majlis itu menepati hukum, dilaksanakan dengan standard yang wajar, mudah difahami serta diikuti oleh pasangan terlibat kerana kaedahnya lain daripada kebiasaan.

Selangor Kini Membenarkan Majlis Akad Nikah Melalui Sidang Video
Twitter

Melalui tatacara tersebut, Pengarah JAIS akan memberi kebenaran khas setelah menerima permohonan lengkap dan pemohon akan diberi penerangan mengenai proses nikah. Setelah itu, permohonan yang mendapat kebenaran khas akan dimaklumkan mengenai tarikh pernikahan dan pasangan tersebut akan dinikahkan melalui sidang video.

Selepas PKP ditamatkan, pemohon perlu hadir ke pejabat agama daerah untuk mengemukakan slip perakuan nikah sementara bagi mendapatkan Surat Perakuan Nikah Negeri Selangor.

Terdahulu, semua majlis akad nikah di negeri ini telah ditangguhkan selepas lima jurunikah JAIS dikuarantin kerana dikesan mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19 sewaktu bertugas.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY