Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Mahu Guna Kuasa Nuklear Untuk Pusat Data Seawal Tahun 2030

Projek Tenaga Nuklear Mungkin Dilaksana Di Semenanjung, Sabah

Diterbitkan Ogos 4, 2025 · Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang meneliti kemungkinan melaksanakan projek tenaga nuklear di Semenanjung Malaysia dan Sabah berikutan keperluan tenaga tetap yang tinggi di kedua-dua wilayah itu, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof.

Menurutnya, faktor kesesuaian lokasi berhampiran sumber air seperti sungai, laut dan tasik besar menjadi antara pertimbangan utama dalam kajian kebolehlaksanaan yang sedang dijalankan bagi sistem penyejukan loji nuklear.

Semenanjung dan Sabah yang sesuai (dibangunkan projek tenaga nuklear) kerana apa yang diperlukan sekarang ialah tenaga yang sumbernya tetap. Kalau di Sarawak, tidak ada masalah sebab hidro sudah menyumbang hampir 70%..

Namun begitu, Fadillah menjelaskan belum ada keputusan muktamad mengenai teknologi, lokasi atau kapasiti yang akan digunakan kerana kerajaan masih menjalankan kajian menyeluruh yang diselaras oleh MyPower Corporation selaku Organisasi Pelaksana Program  Tenaga Nuklear Negara (NPO).

Kajian tersebut turut melibatkan penilaian aspek teknikal, keselamatan, kesan alam sekitar, pembangunan kepakaran tempatan serta kemampuan kewangan negara.

Kesemua ini mesti diteliti terlebih dahulu.. kalau kita sudah puas hati dan rakyat pun boleh terima, barulah kita boleh muktamadkan. Jangkaan kita paling cepat kalau nak dilaksanakan ialah 10 tahun yang akan datang.

Tambah beliau, kerajaan juga meneliti teknologi baharu seperti reaktor modular kecil (SMR) serta merancang beberapa lawatan kerja ke luar negara bagi mengenal pasti teknologi terbaik, selamat dan keberkesanan kos di Malaysia.

Berkaitan

  • Syarikat Ini Buat 'Bateri Nuklear' Untuk Pusat Data AI
  • Indonesia Cadang Bangunkan Reaktor Nuklear Bermula Di Borneo
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Thailand Juga Dilaporkan Pertimbang Guna Tenaga Nuklear Menjelang 2037

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY