Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selangor Beri Rebat Cukai PBT Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Selangor Beri Rebat Cukai PBT Untuk Rumah Dengan Fasiliti Mesra Alam

Diterbitkan November 17, 2025 ยท Dikemas kini November 17, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan Negeri Selangor akan memulakan pemberian rebat cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi penduduk yang mempunyai fasiliti dan teknologi mesra alam di rumah.

Antara inisiatif yang layak mendapat rebat termasuk pemasangan panel solar bagi mengurangkan kebergantungan kepada grid nasional, sistem penuaian air hujan, pengasingan sisa di rumah yang memudahkan proses kitar semula, unit pengecasan kenderaan elektrik serta sistem pengkomposan sisa makanan.

Menerusi Belanjawan 2026 Selangor, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penduduk negeri itu yang memasang semua fasiliti berkenaan akan menikmati sehingga 100% rebat cukai bagi tahun taksiran 2026 dengan memohon kepada PBT masing-masing serta melalui proses semakan.

Setiap PBT akan memperuntukkan jumlah pengecualian cukai RM1 juta bagi tahun taksiran 2026 bagi MBPJ, MBSA, MBSJ, dan MBDK, manakala Majlis Perbandaran akan menyediakan peruntukan RM200,000 dan Majlis Daerah Sabak Bernam akan menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi tujuan rebat cukai taksiran.

Belanjawan Selangor 2026 rebat cukai mesra alam_1
Foto: Slaid Belanjawan Selangor 2026

Selain itu, kerajaan Selangor juga akan mula menukar tiang lampu konvensional di pejabat kerajaan negeri, jalan negeri serta PBT dengan teknologi tiang lampu solar yang lebih cekap penggunaan tenaga. Langkah ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga menjadikan negeri itu lebih mesra alam.

Berkaitan

  • Jangan Biarkan Malaysia Jadi Tong Sampah Elektronik Dunia
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan, Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY