Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LADANG SOLAR PV SELANGOR_

Selangor Mulakan Projek Ladang Solar Terapung Terbesar Di Malaysia

Diterbitkan Februari 10, 2026 oleh Amalina Athman

Selangor kini memulakan pembinaan Projek Solar Fotovoltaik (PV) Bestari, yang bakal menjadi ladang solar terapung terbesar di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara.

Dibangunkan di bawah Program Solar Skala Besar Kelima (LSS5), projek ini merangkumi kawasan lebih 430 hektar dengan kapasiti penjanaan 300 megawatt (MWac). Dengan kapasiti terpasang 460MWp, ladang solar ini dijangka mampu menjana sekitar 640,000 MWh tenaga elektrik bersih setahun.

LADANG SOLAR PV SELANGOR_2
Foto: Majlis Perbandaran Kuala Selangor

Projek bernilai RM1 bilion ini dibangunkan di atas tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor oleh Bestari Solar Sdn Bhd, sebuah konsortium yang diterajui Edra Power Holdings Sdn Bhd, Worldwide Holdings Bhd dan Rotaka Engineering Services (M) Sdn Bhd.

Hari ini saya berada di Bestari Jaya bagi menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Solar Skala Besar Bestari, satu mercu tanda baharu dalam usaha memperkukuh ekonomi hijau Selangor serta menyokong peralihan tenaga negara.

Dengan keluasan lebih 430 hektar dan kapasiti 300MWac,… pic.twitter.com/z1HTh7yXJ8

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) February 10, 2026

Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) bagi projek itu telah ditandatangani pada Mac 2025, dengan operasi dijadualkan bermula Julai 2027 bagi tempoh operasi selama 21 tahun.

Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih 80% daripada projek itu menggunakan teknologi solar terapung manakala selebihnya di darat.

“Takungan air yang digunakan adalah kolam simpanan air mentah berkaitan projek seperti konsep Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS) yang tidak digunakan secara aktif kecuali ketika musim kemarau,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan projek itu menggunakan teknologi terkini yang tidak akan menjejaskan kualiti air, malah mengambil kira aspek pengoksigenan dan kawalan pertumbuhan alga.

Berkaitan

  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan, Cukai Karbon Bakal Diperkenal
  • PC AIO Yang Buat Meja Kerja Nampak Lebih Kemas
  • TotalEnergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Projek Solar Di Kedah Untuk Pusat Data Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY